Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apa Itu “Storm Shadow” Yang Bakal Buat Tentera Russia “Pening”?

Peluru berpandu “Storm Shadow” adalah peluru berpandu kruis lancaran udara (air-launched cruise missile – ALCM) hasil usahasama tiga buah negara itu United Kingdom, Perancis dan Itali. Juga dikenali sebagai SCALP EG (Système de Croisière Autonome à Longue Portée – Emploi Général), peluru berpandu itu telah dibuat oleh firma pertahanan Eropah, MBDA.

0 5,463

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, United Kingdom mengumumkan bahawa ia akan memberikan peluru berpandu “Storm Shadow” kepada Ukraine sebagai persediaannya untuk melancarkan serangan balas terhadap tentera Russia yang menduduki sebahagian besar wilayahnya.

Dianggarkan bernilai 2 juta pound (RM11 juta) setiap sebuah, peluru berpandu jarak jauh itu amat dinanti-nantikan oleh Ukraine setelah Amerika Syarikat enggan memberikannya peluru berpandu jarak jauh “ATACMS” yang dilancar menggunakan sistem pelancar HIMARS.

Washington enggan membekalkan ATACMS kerana bimbang peluru berpandu jarak jauh itu akan memarakkan lagi konflik, termasuk kemungkinan Kiev menggunakannya untuk menyerang sasaran jauh di dalam Russia.

Storm Shadow
“Storm Shadow”
APA ITU “STORM SHADOW”

 

Peluru berpandu “Storm Shadow” adalah peluru berpandu kruis lancaran udara (air-launched cruise missile – ALCM) hasil usahasama tiga buah negara itu United Kingdom, Perancis dan Itali.

Juga dikenali dengan panggilan SCALP EG (Système de Croisière Autonome à Longue Portée – Emploi Général), peluru berpandu itu telah dibuat oleh firma pertahanan Eropah, MBDA.

Pembangunan sistem peluru berpandu itu telah bermula seawall 1990-an dan direkabentuk untuk menjadi sistem persenjataan jarak jauh, stand-off yang boleh dilancarkan daripada pesawat terhadap sasaran strategik dan pada masa yang sama memastikan pesawat tetap berada di luar jarak jangkauan sistem pertahanan udara musuh.

Peluru berpandu “Storm Shadow” boleh membedil sasaran sejauh 560km atau 300 Batu Nautika bagi membolehkan ia mensasarkan sasaran strategik.

Pada ketika ini peluru berpandu kruis ini sedang berkhidmat dengan beberapa negara seperti United Kingdom, Perancis, Itali,Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, iaitu negara-negara pengguna pesawat pejuang Tornado, Eurofighter Typhoon dan Rafale.

Setiap sebuah peluru berpandu kruis itu adalah seberat 1.3 tan, dengan keseluruhan peluru itu adalah 5.10 meter.

Storm Shadow

Ia menggunakan sistem propulsion turbojet, Turbomeca Microturbo TRI 60-30 yang memacu peluru berpandu itu ke sasaran dengan kelajuan dan ketepatan yang tinggi.

Mengenai sistem navigasinya pula,sistem peluru berpandu kruis “Storm Shadow” itu dipandu oleh sistem-sistem INS (Inertial Navigation ), GPS (Global Positioning System) dan Terrain Reference Navigation bagi memastikan ia memiliki ketepatan yang amat tinggi.

Manakala bagi peledaknya pula, ia direka untuk menyebabkan kemusnahan yang maksima.

Sebelum dilancarkan, peluru berpandu itu akan “disediakan”, dengan segala data dan maklumat komprehensif tentang sasaran dan trajektori yang diperlukannya bagi memastikan ia “sampai” ke sasaran dimasukkan ke dalam sistem peluru berpandu itu secara pre-loaded.

Selepas dilancarkan daripada pesawat membawanya, peluru berpandu “Storm Shadow” itu akan menggunakan sistem navigasi sendirinya untuk menuju ke sasaran.

Storm Shadow
Memasang “Storm Shadow”

 

“Storm Shadow” itu memiliki kepala peledak dua peringkat dinamakan Bomb Royal Ordnance Augmented Charge (BROACH) yang menggabungkan letupan (blast) dan kemampuan penembusan (penetration capabilities).

Cara kepala peledak BROACH itu berfungsi adalah secara dua peringkat, dengan peringkat pertama menyaksikan ia meletup untuk “membuka” permukaan sasaran dan seterusnya peringkat kedua dimana kepala peledak yang lebih besar, menembusi sasaran dengan lebih dalam sebelum meletup, beberapa saat selepas letupan pertama. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...