Spesifikasi Teknikal Kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Milik TLDM
Kapal-kapal LMS Batch 2 milik TLDM itu akan dibina berdasarkan reka bentuk kapal korvet kelas-ADA yang dibangunkan oleh STM untuk Tentera Laut Turkiye, Pakistan dan Ukraine sebelum ini, yang telah menunjukkan kememapuan dan keberkesanannya di medan antarabangsa.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikut adalah spesfikasi teknikal bagi kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dengan syarikat Turkiye, Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) sebagai kontraktor utama.
Spesifikasi teknikal ini dikeluarkan oleh syarikat STM, selepas Kementerian Pertahanan Malaysia memeterai Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance – LOA) perolehan tiga buah kapal LMS Batch 2 dengan Secretariat of Defence Industries (SSB) Turkiye.
LOA itu telah ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang kini dalam rangka lawatan kerja selama lima hari ke Turkiye dengan Presiden SSB Prof Dr Haluk Gorgun.
Pembinaan kapal-kapal LMS Batch 2 itu akan dimulakan tahun ini, dan STM menyasarkan untuk menghantar ketiga-tiga kapal perang itu kepada TLDM dalam tempoh 3.5 tahun.
Kapal-kapal LMS Batch 2 milik TLDM itu akan dibina berdasarkan reka bentuk kapal korvet kelas-ADA yang dibangunkan oleh STM untuk Tentera Laut Turkiye, Pakistan dan Ukraine sebelum ini, yang telah menunjukkan kememapuan dan keberkesanannya di medan antarabangsa.
Kapal-kapal LMS Batch 2 milik TLDM itu akan diintergrasikan dengan sistem termaju yang dibangunkan oleh kira-kira 50 syarikat, termasuk nama-nama terkemuka seperti ASELSAN, HAVELSAN, dan ROKETSAN.
Kapal-kapal LMS Batch 2 itu berkemampuan melaksanakan pelbagai tugas termasuk Peperangan Anti-Permukaan (ASUW), Peperangan Anti-Udara (AAW), Peperangan Asimetri (ASYW), dan Peperangan Elektronik (EW).
Main Dimensions
Overall Length: 99.56 m
Maximum Width: 14.42 m
Draft (T) : 3.94 m
Comments are closed.