Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal-Kapal Perang Russia Hanya Berada 66 Batu Daripada Pantai Florida, Amerika “Cemas”

Tentera Amerika agak “gelabah” apabila kapal-kapal perang Russia itu terutamanya kapal selam nuklear-kelas Yasen “Kazan”  dan kapal friget "Admiral Gorshkov" dilaporkan berada hanya 66 batu (106km) daripada kawasan pesisir pantai Florida, Amerika Syarikat ketika ia sedang belayar ke Cuba.

0 9,749

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia tidak berasa terancam dengan kehadiran kapal-kapal perang Russia di Cuba, namun ia bergegas mengerah aset-aset tentera lautnya untuk “shadow” kapal-kapal milik “musuhnya”  yang berada amat hampir dengan sempadan maritimnya.

Tentera Amerika agak “gelabah” apabila kapal-kapal perang Russia itu terutamanya kapal selam nuklear-kelas Yasen “Kazan”  dan kapal friget “Admiral Gorshkov” dilaporkan berada hanya 66 batu (106km) daripada kawasan pesisir pantai Florida, Amerika Syarikat ketika ia sedang belayar ke Cuba.

Pemerhati Open Source Intelligence (OSINT) dan data-data daripada aplikasi penjejakan penerbangan/pelayaran menunjukkan aset-aset laut dan udara Amerika serta Kanada menunjukkan mereka sedang “shadow” dan mengekori aset-aset tentera Russia itu.

Tentera Laut Amerika Syarikat dan Tentera Laut Kanada dilaporkan telah mengerah pesawat-pesawat anti-kapal selam mereka, P-8 Poseidon dan P-3 Orion untuk “shadow” kapal-kapal perang Russia itu terutamanya kapal selam kelas-Yasen “Kazan.”

Turut sama dalam aktiviti “shadow”kapal-kapal perang Russia ketika mereka sedang menuju ke Cuba itu adalah sebuah kapal pengawal pantai Amerika Syarikat CG Stone, dua buah kapal destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat USS Truxtun dan USS Donald Cook serta sebuah kapal friget Tentera Laut Kanada HMCS Ville de Quebec.

Terdapat juga laporan mengatakan sebuah kapal friget kelas-La Fayette Tentera Laut Perancis terlibat dalam aktiviti “shadow” kapal-kapal perang Russia itu.

Florida

Daripada empat buah kapal kombat Russia itu, Amerika Syarikat dan Kanada berkemungkinan besar memberikan perhatian yang istimewa terhadap kapal friget Admiral Gorshkov dan kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan” milik Tentera Laut Russia.

Kedua-duanya adalah antara aset termoden Tentera Laut Russia dan dilengkapi dengan sistem persenjataan yang menggerunkan.

Dua buah kapal Russia yang lain adalah kapal bekalan bahan api “Pashin” dan kapal tunda penyelamat (rescue tug boat) “Chiker”.

Kapal friget Admiral Gorshkov dan kapal selam “Kazan” dilaporkan dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” yang bukan sahaja memiliki kelajuan Mach 10 tetapi juga berkeupayaan membedil sasaran sejauh lebih daripada 1,000km.

Selain peluru berpandu hypersonik “Tsirkon”, kedua-dua aset moden Russia itu juga dilengkapi dengan peluru berpandu kruis “Kalibr” dan “Oniks.”

Amerika dan Kanada mungkin menyedari tentang betapa hampirnya wilayah mereka dengan aset-aset tentera Russia membawa sistem persenjataan berbahaya, sehingga mereka mengelabah dan bertindak mengerah kapal-kapal perangnya dan pesawat ASW (Anti Submarine Warfare) untuk memantau pelayaran kapal-kapal perang Russia itu terutamanya kapal friget Admiral Gorshkov dan kapal selam “Kazan.”

Florida

Pada ketika ini, tidak diketahui sama ada kapal-kapal perang Russia itu terutamanya kapal selam nuklear “Kazan” telah berada di Cuba atau masih lagi “berlegar-legar” di perairan berhampiran Florida, Amerika Syarikat sehingga mencetuskan rasa panik dikalangan tentera-tentera laut Amerika dan Kanada.

Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu, Kementerian Luar Cuba menyatakan empat buah kapal perang Russia akan berkunjung Cuba pada minggu depan, yang merupakan kehadiran terbesar kapal-kapal perang Russia ke negara Carribeanitu sejak beberapa dekad ini.

Russia dan sebelum itu Kesatuan Soviet mempunyai hubungan persahabatan yang rapat dengan Cuba sejak berdekad lamanya dan kunjungan kapal-kapal perang itu mengukuhkan hubungan diplomatik dan ketenteraan antara Moscow dan Havana.

Menurut kerajaan Cuba, kapal-kapal perang Russia yang akan terlibat dalam kunjungan itu adalah kapal friget “Admiral Gorshkov”, kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan”, kapal bekalan bahan api “Pashin” dan kapal tunda penyelamat (rescue tug boat) “Chiker”.

Kerajaan Cuba juga menjelaskan bahawa kapal-kapal perang Russia itu akan berada di negara Amerika Tengah yang bersempadan dengan Amerika Syarikat daripada 12 hingga 17 Jun dan tiada satu daripada kapal perang Russia itu akan membawa senjata nuklear.

Florida

“Kapal-kapal Russia itu tidak akan memberikan sebarang ancaman kepada rantau,” kata kerajaan Cuba dalam satu kenyataan.

Pengumuman kerajaan Cuba tentang kunjungan kapal perang Russia itu berlaku hanya sehari selepas pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka sedang memantau pergerakan kapal-kapal perang dan pesawat kombat Russia ke arah Carribean untuk melakukan latihan ketenteraan.

Menurut pegawai Amerika Syarikat itu, latihan ketenteraan Russia di perairan Carribean itu merupakan sebahagian daripada tindakan balas Moscow terhadap sokongan Washington terhadap konflik di Ukraine.

Jabatan Pertahanan dan Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan bahawa Russia akan meningkatkan aktiviti ketenteraan mereka berhampiran dengan Amerika pada musim panas ini sebagai sebahagian daripada manuver mereka.

“Russia dijangka akan mengerahkan kapal-kapal perang mereka ke Carribean dengan kemungkinan persinggahan di Cuba dan Venezuela,” menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan mengakui bahawa manuver kapal-kapal perang Russia itu tidak mengancam Washington.

 

Walaupun kehadiran kapal-kapal perang Russia di Cuba itu diperakui sebagai suatu perkembangan, tetapi pegawai-pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia tidak mengusarkan mereka daripada segi keselamatan.

Kehadiran kapal-kapal perang Russia di Cuba itu berlaku ketika Presiden Vladimir Putin menyatakan bahawa negaranya akan mengambil langkah-langkah tidak simetri (asymmetrical) di seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap langkah Amerika Syarikat membenarkan Ukraine menggunakan senjata-senjata yang dibekalkannya untuk menyerang Russia. — DSA

 

Comments
Loading...