Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Terima Kapal Selam Type 218SG Keduanya, “RSS Invincible”

Data daripada aplikasi awam menyatakan bahawa kapal pengangkut berat MV Rolldock Star membawa kapal selam Type 218SG "RSS Invincible" itu telah tiba di Pangkalan Tentera Laut Changi di republik itu pada 27 Ogos lalu.

0 1,916

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut berat (heavy-lift transport carrier) MV Rolldock Star yang dilaporkan membawa kapal selam Type 218SG diesel elektrik Singapura “RSS Invincible” dipercayai telah pun tiba di republik itu beberapa hari lepas.

RSS Invincible merupakan kapal pertama (leadship) daripada empat buah kapal selam kelas-Invicible yang dipesan oleh Tentera Laut Singapura daripada syarikat pembuat kapal, TKMS (Thyssen Krupp Marine System) daripada Jerman.

Data daripada aplikasi awam menyatakan bahawa kapal pengangkut berat MV Rolldock Star membawa kapal selam Type 218SG “RSS Invincible” itu telah tiba di Pangkalan Tentera Laut Changi di republik itu pada 27 Ogos lalu.

Kapal selam “RSS Invincible” itu dijangka akan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Republik Singapura tidak lama lagi.

Pada Julai lalu, gambar-gambar media sosial oleh pemerhati menunjukkan kapal selam Type 218SG RSS Invincible itu berada di limbungan kapal milik TKMS di Kiel, Jerman dan sedang bersiap sedia untuk diangkut menaiki kapal heavy roll-dock carrier “MV Rolldock Star”.

Singapura
Kapal Heavy Lift Carrier MV Rolldock Star membawa kapal selam Type 218SG “RSS Invincible” tiba di perairan Singapura beberapa hari lepas. (kredit media sosial)

 

Kapal selam RSS Invincible menjadi kapal selam Type 218SG kelas-Invincible yang kedua dihantar pulang ke Singapura selepas RSS Impeccable yang dibawa pulang ke republik itu pada Julai tahun lepas.

 Singapura dan TKMS menandatangani dua kontrak berasingan pada 2013 dan 2017 untuk perolehan empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible yang diberikan nama “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable.”

Keempat-empat kapal selam “custom-made” Type 218SG kelas-Invicible itu dibina dengan mengambilkira keperluan spesifik  Singapura.

Kapal selam pertama kelas-Invincible iaitu RSS Invincible telah dilancarkan pada 2019 tetapi kekal berada di Jerman untuk tujuan latihan krew-krew kapal selam republik itu.

Pada Julai tahun lepas, Tentera Laut Singapura telah menerima satu daripada empat buah kapal selam Type 218SG milik iaitu RSS Impeccable yang turut dibawa menaiki kapal heavy lift carrier “MV Rolldock Storm” daripada Kiel, Jerman.

 Ketibaanya kapal Rolldock Storm membawa kapal selam Type 218SG itu di perairan republik itu Julai 2024 itu disambut oleh kapal peronda Tentera Laut  Republik Singapura, RSS Unity serta sepasang pesawat pejuang F-16C milik tentera udaranya yang juga bertindak sebagai “pengiringnya.”

Type 218 SG
(kredit Naval News)

 

RSS Impeccable itu merupakan kapal selam kelas-Invicible yang pertama “kembali” ke republik itu daripada empat yang dipesan oleh Singapura daripada syarikat Jerman TKMS.

Antara ciri-ciri utama kapal selam terbaru  Singapura itu adalah ia dilengkapi dengan kipas (rudder) berbentuk X bagi pergerakan yang lebih lincah di bawah permukaan air.

Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invincible milik Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  

 Rekabentuk kapal selam terbaru  Singapura  yang direkabentuk khusus untuk republik  itu dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).

Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Dengan berat kira-kira 2,200 tan, kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik  Singapura itu boleh beroperasi 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam lain yang kini dimiliki oleh republik itu, selain dilengkapi dengan sistem persenjataan dan sensor yang jauh lebih baik.

Singapura
Kapal selam Singapura “Impeccable” . (MoD Singapura)

 

Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik  Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air yang paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  

 Rekabentuk kapal selam terbaru Singapura  yang direkabentuk khusus untuk republik  itu dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).

Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Kemasukan  empat buat kapal selam Type 218SG kelas-Invincible iaitu “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut  Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.

Kesemua kapal selam terbaru  Singapura itu mempunyai berat 2,000-2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.

Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.

Kapal selam  Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.

Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain. — DSA

Comments
Loading...