Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Keluarkan Gambar Kapal Selam Type 218SG “Invincible” di Pangkalan Laut Changi

Kapal selam Type 218SG “Invincible” menjadi kapal selam Type 218SG kelas-Invincible yang kedua dihantar pulang ke Singapura selepas RSS Impeccable yang dibawa pulang ke republik itu pada Julai tahun lepas.

0 3,044
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Singapura telah mengeluarkan gambar pertama kapal selam Type 218SG kelas-Invincible mereka, “Invincible” di Pangkalan Laut Changi, tidak lama selepas ia selamat “diangkut” merentasi ribuan batu nautika perairan dunia ke republik itu daripada Jerman.
“Invincible” merupakan kapal selam Lead daripada empat buah kapal selam kelas-Invincible yang dipesan oleh Tentera Laut Singapura daripada syarikat pembuat kapal, TKMS (Thyssen Krupp Marine System) daripada Jerman.
Kementerian Pertahanan republik itu mengeluarkan gambar tersebut sempena majlis sambutan rasmi ketibaan kapal selam itu di Singapura baru-baru ini, yang turut dihadiri Komander Armada (Fleet Commander) RADM Kwan Hon Chuong dan pegawai-pegawai kanan Tentera Laut Republik Singapura yang lain.
Kapal selam “Invincible” milik Singapura itu dijangka akan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Republik Singapura dalam beberapa minggu ini,
Kapal selam “Invincible” itu diangkut balik ke Singapura menggunakan kapal pengangkut berat (heavy-lift transport carrier) MV Rolldock Star.
Type 218SG
Kapal selam Type 218SG Singapura yang pertama, “RSS Invincible” sedang menjalani ujian di laut di Kiel, Jerman.
Ia dipercayai tiba di Singapura pada akhir Ogos lalu.
Kapal selam Type 218SG “Invincible” menjadi kapal selam Type 218SG kelas-Invincible yang kedua dihantar pulang ke Singapura selepas RSS Impeccable yang dibawa pulang ke republik itu pada Julai tahun lepas.
Kapal selam pertama kelas-Invincible iaitu “Invincible” telah dilancarkan pada 2019 tetapi kekal berada di Jerman untuk tujuan latihan krew-krew kapal selam republik itu.
 Singapura dan TKMS menandatangani dua kontrak berasingan pada 2013 dan 2017 untuk perolehan empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible yang diberikan nama “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable.”
Menurut Kementerian Pertahanan Singapura, dua buah kapal selam kelas-Invincible yang lain, “Illustrious” dan “Inimitable” itu akan dihantar pulang ke republik itu menjelang tahun 2028.
Keempat-empat kapal selam “custom-made” Type 218SG kelas-Invicible itu dibina dengan mengambilkira keperluan spesifik  Singapura.
Singapura
Kapal Heavy Lift Carrier MV Rolldock Star membawa kapal selam Type 218SG “RSS Invincible” tiba di perairan Singapura pada akhir Ogos lalu. (kredit media sosial)
Antara ciri-ciri utama kapal selam terbaru  Singapura itu adalah ia dilengkapi dengan kipas (rudder) berbentuk X bagi pergerakan yang lebih lincah di bawah permukaan air.
Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invincible milik Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  
Rekabentuk kapal selam terbaru  Singapura  yang direkabentuk khusus untuk republik  itu dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).
Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.
Dengan berat kira-kira 2,200 tan, kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik  Singapura itu boleh beroperasi 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam lain yang kini dimiliki oleh republik itu, selain dilengkapi dengan sistem persenjataan dan sensor yang jauh lebih baik.
Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik  Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air yang paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  
Singapura
Kapal selam Singapura “Impeccable” tiba di Singapura pada Julai tahun lepas. (MINDEF Singapore)
Kemasukan  empat buat kapal selam Type 218SG kelas-Invincible iaitu “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut  Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.
Kesemua kapal selam terbaru  Singapura itu mempunyai berat 2,000-2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.
Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.
Kapal selam  Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.
Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain. — DSA
Comments
Loading...