Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Sina”, Dron Berani Mati Terbaru Iran. Klon Dron “Switchblade” Amerika?

Terdapat kemungkinan, Russia telah berjaya “menawan” dron-dron berani mati “Switchblade” keluaran Amerika Syarikat yang dibekalkan kepada Ukraine itu dan menghantarnya ke Iran untuk tujuan “reverse engineering” untuk tujuan membangunkan varian tempatan bagi dron berani mati itu.

0 5,293

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semasa latihan perang besar-besaran, “Egtedar 1402” yang berlangsung baru-baru ini, tentera Iran yang aktif mengaplikasikan teknologi dron dikalangan unit-unit tenteranya telah memperkenalkan dua lagi dron berani mati (kamikaze drones) terbarunya, dinamakan “Sina”.

Di dalam latihan perang itu. tentera Iran mendakwa dron berani mati terbarunya  itu telah berjaya membedil sasarannya dengan tepat.

Rekabentuk dron berani mati (loitering munitions) “Sina” keluaran industri pertahanan Iran itu hampir menyamai seperti dron berani mati keluaran Amerika Syarikat dinamakan “Switchblade 300”.

Amerika Syarikat turut membekalkan ratusan dron berani mati “Switchblade”itu kepada Ukraine yang menggunakannya secara meluas untuk membedil kedudukan dan aset-aset tentera Russia.

Terdapat kemungkinan, Russia telah berjaya “menawan” dron-dron berani mati “Switchblade” keluaran Amerika Syarikat yang dibekalkan kepada Ukraine itu dan menghantarnya ke Iran untuk tujuan “reverse engineering”.

Dron
Dron kamikaze “Sina”.

 

Menerusi “reverse engineering” oleh pakar-pakar persenjataanya itu, Iran berkemungkinan telah berjaya menghasilkan “Sina”, yang merupakan varian tempatan kepada dron berani mati “Switchblade” itu yang diperkenalkan pada latihan perang itu.

Menurut laporan media Iran lagi, dron berani mati “Sina” itu direka untuk membedil kumpulan-kumpulan anggota tentera dan kenderaan tidak ber-armor sehingga jarak kira-kira 5km daripada pengendalinya.

Dron berani mati itu diterbang menggunakan kuasa elektrik dan membawa bahan letupan seberat diantara 300 hingga 1000 gram.

Memandangan dron berani mati “Sina” itu adalah bersaiz kecil dan kompak daripada segi rekabentuknya serta dilancarkan  daripada tiub pelancar, maka ia dioperasikan daripada mana-mana platform sama ada di darat atau dilaut (atas kapal).

Selepas dilancarkan daripada tiub pelancarnya, dron berani itu akan mengikuti laluan yang telah diprogramkan padanya oleh pengendali dan membedil sasaran dengan bantuan pengesanan oleh pengendalinya.

Dron
Dron Kamikaze Iran

 

Kemampuan Iran membangunkan dron-dron berkemampuan tinggi diperakui sendiri oleh pegawai-pegawai pertahanan Amerika Syarikat.

Mereka berkata konflik di antara Russia dan Ukraine telah memberikan peluang kepada Iran untuk muncul sebagai pembekal utama dunia bagi dron-dron “murah dan berbahaya”.

Pegawai di Defense Intelligence Agency , sebuah agensi di bawah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat berkata, kemampuan Iran sebagai negara pengeluar dron telah melangkah setapak lagi daripada sebagai pembekal dron serantau kepada pembekal utama dron untuk tentera Russia bagi kempen ketenteraannya di Ukraine.

Pada ketika ini, Iran membekalkan tiga jenis dron kepada Russia untuk digunakan di Ukraine terdiri daripada dron berani mati Shahed-131 dan Shahed-136 yang digunakan oleh Moscow sebagai ganti kepada peluru berpandu kruis.

Satu lagi dron yang dibekalkan Iran kepada Russia adalah dron pelbagai guna Mohajer-6 yang boleh digunakan untuk misi-misi ISR (Intelligence, Surveillance, Reconnaisance) serta dilengkapkan dengan sistem peluru berpandu untuk melaksanakan misi-misi serangan.

Iran
Iran mengadakan latihan perang besar-besaran “Eqtedar 1402” baru-baru ini.

 

Pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa kemampuan sistem dron Iran telah meningkat sejak 2014, bermula daripada penggunaannya oleh militan Houthi yang disokong Teheran dalam serangan-serangan terhadap kemudahan minyak dan gas milik syarikat Saudi Aramco kepada serangan terhadap kapal-kapal komersial yang melalui perairan Teluk Parsi dan kini di medan peperangan di Ukraine.

Dalam serangan terhadap kapal tangki Mercer Street pada 2021, bedilan dron berani mati Iran terhadap kapal itu mengorbankan kapten kapal itu serta pegawai keselamatan warga Britain.

Peranan yang dimainkan oleh dron-dron keluaran industri pertahanan Iran telah jauh meningkat daripada peringkat serantau kepada konflik-konflik antarabangsa, sebagaimana yang ditonjolkannya pada konflik Russia-Ukraine.

Terdapat juga penganalisa yang berpendapat bahawa Iran sedang mengumpul kepakaran dalam penggunaan dron pada konflik Russia-Ukraine untuk membolehkannya membangunkan pula sistem pesawat pejuang tanpa pemandu.

Ia mungkin mahu mencontohi Turkiye, yang kini bergerak ke arah pembangunan pesawat pejuang tanpa pemandu (unmanned fighter jet) seperti “Kizilelma” selepas berjaya membangunkan sistem pesawat tanpa pemandu seperti “Anka’, Bayraktar TB2” dan pelbagai lagi. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...