Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sebuah Lagi Pesawat A400M TUDM Selesai Jalani Program Retrofit di Seville

Sebaik sahaja selepas menjalani program retrofit di Sepanyol, pesawat A400M terbabit telah terbang ke Pangkalan Udara Orleans, Perancis untuk mengikuti program Subject Matter Expert (SMEE) melibatkan France Air and Space Force (FASF).

0 6,722

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Salah sebuah pesawat pengangkut A400M daripada No 8 Skuadron milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah selesai menjalani program retrofit Airbus Final Assembly Line (FAL) di Seville, Sepanyol

Perkara itu dinyatakan oleh kenyataan oleh media sosial TUDM baru-baru ini.

Sebaik sahaja selepas menjalani program retrofit di Sepanyol, pesawat A400M terbabit telah terbang ke Pangkalan Udara Orleans, Perancis untuk mengikuti program Subject Matter Expert (SMEE) melibatkan France Air and Space Force (FASF).

Program SMEE di antara TUDM dan FASF itu diketuai oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Datuk Wan Amin Hafiz. 

Di hari pertama program ini, delegasi TUDM telah dibawa melawat ke pusat simulator pesawat dan pusat fasiliti latihan bagi anak kapal A400M FASF. 

A400M
(kredit TUDM)

 

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan berkenaan kemudahan latihan yang disediakan kepada anak kapal, manakala hari kedua program menyaksikan perkongsi pandangan serta pengalaman diantara TUDM dan FASF.

Program SMEE ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama adalah daripada anak kapal manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada Pegawai Kejuruteraan.

Pengisian program SMEE disebelah pagi adalah perbincangan empat mata diantara TUDM dan FASF yang membincangkan penerbangan taktikal, lawatan ke Equipe de Marque Avions de Transport (EMATT) dan Le Centre de Soutien et d’Administrarion des system Mission (CESAM).

Anak kapal No 8 Skuadron juga telah di beri peluang untuk menerbangkan Full Flight Simulator (FFS) milik FASF. Selain itu, perbincangan di antara flait kejuruteraan No 8 Skuadron telah dilaksanakan di Escadron de Soutien Technique Aeronautique (ESTA).

Pesawat Airbus A400M TUDM telah berlepas dari Pangkalan Udara Orleans pada pagi 6 Dis 2023 dan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada 7 Dis 2023.

A400M
(TUDM)

 

Dalam satu temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris tempatan awal tahun ini, Panglima TUDM Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata kerja-kerja peningkatan kemampuan tiga buah pesawat pengangkut strategik Airbus A400M TUDM) dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027.

Sebelum itu pada Mac tahun lepas, syarikat Airbus dalam satu kenyataan berkata satu daripada empat buah pesawat pengangkut A400M TUDM telah pun selesai menjalani kerja-kerja peningkatan kemampuan dan pesawat terbabit telah pun “dipulangkan” semula kepada TUDM.

Berikutan kerja-kerja peningkatan kemampuan itu, pesawat pengangkut A400M TUDM itu kini sudah mampu untuk melaksanakan tugas dan misi-misi baharu yang lebih mencabar seperti mengugurkan anggota payung terjun dan melakukan penerbangan aras rendah serta bekalan udara.

Mula berkhidmat dengan TUDM pada 2015, pesawat A400M telah mengubah operasi pengangkut udara penggunanya dengan memainkan peranan dalam perlaksanaan misi termasuk pengangkutan kargo dan anggota, misi kemanusiaan serta bencana dan pengangkutan peralatan berat.

Berkuatkuasa 4 Februari lepas, pesawat-pesawat pengangkut strategik A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dioperasikan oleh No 8 Skn dan bukan No 22 Skn lagi menerusi satu usaha penstrukturan dalaman TUDM.

A400M
A400M TUDM

 

TUDM merupakan pelanggan eksport pesawat pengangkut A400M yang pertama serta pelanggan A400M pertama di rantau Asia Pasifik.

Menurut laporan media sebelum ini, sebuah pesawat pengangkut A400 mampu mengugurkan kira-kira 116 orang anggota payung terjun menerusi kedua-dua pintunya di kedua-dua belah pesawat itu.

Bagi penerbangan aras rendah pula (Automatic Low Level Flight) pesawat A400 dilaporkan boleh terbang kira-kira 500 kaki daripada aras tanah.

Sebagai Fleet Leader, pesawat-pesawat A400M TUDM sering dirujuk dikalangan pengguna-pengguna pesawat pengangkut A400M. 

TUDM memiliki empat buah pesawat pengangkut A400M. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...