Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Gantung Operasi Dron Berani Mati Iran “Shahed” Di Ukraine Akibat Cuaca Sejuk

Menurut penganalisis ketenteraan Ukraine dan Barat, kekurangan drastik serangan dron-dron berani mati “Shahed” buatan Iran oleh Russia itu kerana ia tidak boleh beroperasi di dalam keadaan cuaca sejuk, yang sedang melanda Ukraine pada ketika ini.

0 2,030

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak Oktober lalu, Russia telah menggunakan dron-dron berani mati yang diimportnya daripada Iran untuk menyerang infrastruktur kritikal Ukraine terutamanya janakuasa yang membekalkan elektrik kepada seluruh negara.

Bagaimanapun, sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, terdapat kekurangan drastik dalam kekerapan serangan dron-dron berani mati buatan Iran itu terhadap Ukraine.

Mengapa?

Menurut penganalisis ketenteraan Ukraine dan Barat, kekurangan drastik serangan dron-dron berani mati “Shahed” buatan Iran oleh Russia itu disebabkan kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh senjata yang diimport daripada sekutu Moscow itu.

Russia telah bertindak menggantung buat sementara waktu operasi dron berani mati “Shahed” disebabkan kerana ia tidak boleh beroperasi di dalam keadaan cuaca sejuk, yang sedang melanda Ukraine pada ketika ini.

Shahed-136
Dron berani mati Shahed-136 sebelum membedil sasaran di bandar Kiev. (AFP)

 

Menurut jurucakap Angkatan Tentera Ukraine Yevgeny Silikin, disebabkan sebahagian besar dron-dron berani mati buatan Iran yang digunakan oleh Russia itu diperbuat daripada plastik dan bahan lain, maka ia terkesan apabila terdedah kepada cuaca yang sejuk.

Bagaimanapun beliau berkata, Russia tetap meneruskan usahanya untuk mengumpul pelbagai senjata seperti dron berani dan tentera Ukraine tidak dapat berbuat apa-apa walaupun negara itu kini “dilindungi” dengan pelbagai sistem pertahanan udara hasil bantuan negara-negara Barat.

“Tentera kita (Ukraine) sentiasa untuk berhadapan dengan ancaman yang mendatang dan kami boleh bercakap bahawa pada ketika ini kita telah memusnahkan di antara 75 hingga 80 peratus sasaran udara. Ini adalah amat baik,” kata Silikin.

Selain daripada dakwaan bahawa kekurangan drastik serangan dron berani mati buatan Iran oleh Russia berpunca daripada cuaca sejuk, terdapat juga alasan bahawa stok dron berani mati itu semakin berkurangan disebabkan penggunaan yang tinggi.

Pihak Kementerian Pertahanan British juga mendakwa bahawa bekalan dron-dron berani mati Iran yang masih berada di tangan pihak tentera Russia adalah “hampir habis”, menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan intensiti serangan menggunakan sistem itu.

Shahed
Kenderaan pelancar dron berani mati “Shahed.”

 

Russia menurut pihak British, kini sedang berusaha untuk mengimport lebih banyak dron berani mati buatan Iran bagi digunakan di Ukraine.

Laporan perisikan British itu mendakwa bahawa Russia terpaksa menggunakan dron-dron berani mati Iran di Ukraine bagi mengatasi masalah kekurangan peluru berpandunya tetapi strategi itu tidak berhasil kerana pihak Kiev telah berjaya menangani ancaman dron berani mati Iran itu.

Laporan perisikan daripada Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa Russia memperolehi sejumlah 2,400 dron berani mati ini, Shahed-136 daripada Iran kira-kira sebulan lepas dan bertindak menaiktaraf serta memberinya nama baru iaitu, Geranium-2.

Infrastruktur penting Ukraine yang Kiev,Dnipro dan Sumy dibedil menggunakan dron berani mati buatan Iran itu, menyebabkan kerosakan besar dan memutuskan bekalan elektrik kepada penduduk tempatan.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Diberi gelaran “moped” atau “skuter” disebabkan bunyi nyaringnya, dron berani mati Shahed-136 yang dibangunkan oleh Iran Aircraft Manufacturing (HESA) itu berkemampuan terbang sejauh diantara 1,000km hingga 2,200km.

Di muncung dron berani mati, ia dilengkapkan dengan bahan letupan seberat 50kg.

Sebelum diperkenalkan oleh Russia di Ukraine, militan-militan Houthi di Yemen yang disokong oleh Iran turut menggunakan Shahed-136 itu untuk menyerang kemudahan tentera dan industri minyak milik Arab Saudi.

Shahed-136 mempunyai panjang keseluruhan 3.5 meter,berat 200kg manakala enjin buatan China membolehkan dron berani mati Iran itu terbang selaju 185km sejam.

Dron berani mati akan berlegar-legar di udara sebelum ia membedil sasarannya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...