Shell Jual Kepentingan Dalam Lapangan Minyak Dan Gas Di Malaysia
Itu adalah laporan yang dipetik oleh agensi berita antarabangsa, Reuters yang mendakwa telah melihat dokumen usaha penjualan oleh Shell itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat minyak antarabangsa, Royal Dutch Shell telah memulakan proses melupuskan pegangannya di dalam beberapa lapangan minyak dan gas yang tidak dioperasinya di luar pantai Malaysia.
Itu adalah laporan yang dipetik oleh agensi berita antarabangsa, Reuters yang mendakwa telah melihat dokumen usaha penjualan oleh Shell itu.
Pada Mac lepas, syarikat Inggeris-Belanda itu mengumumkan bahawa ia sedang timbang untuk melupuskan pegangannya dalam Baram Delta EOR dan di SK307 production-sharing contracts (PSC) yang dioperasikan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.
Petronas Carigali Bhd merupakan unit di bawah syarikat minyak negara, Petronas.
Menurut Reuters itu lagi, proses penjualan pegangan Shell di dalam lapangan-lapangan minyak dan gas itu dijalankan oleh bank pelaburan J.P Morgan, menurut dokumen tersebut.
Shell dan J.P Morgan enggan memberikan sebarang komen.
Penjualan itu adalah sebahagian daripada strategi Shell untuk hanya menumpukan kepada produksi minyak dan gas di sembilan hab ketika ia secara berperingkat mengurangkan output serta mengembangkan pelaburannya di dalam tenaga rendah karbon dalam usaha untuk mengurangkan penghasilan gas rumah hijau.
Sarawak Shell Berhad memiliki 40 peratus kepentingan di Baram Delta dan 50 peratus kepentingan dalam dalm SK307, dengan Petronas Carigali memiliki kepentingan selebihnya.
Portfolio Shell mengandungi keseluruhan rizab yang masih ada iaitu 230 juta tong minyak atau bersamaan sehingga tahun 2021, menurut dokumen.
Pengeluaran dijangka mencecah 35,000 tong sehari atau bersamaan pada 2022 dan ia dijangka berkembang pada 44,000 tong sehari atau bersamaan pada tahun 2023.
Comments are closed.