Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bagi Menampung Lonjakan Permintaan, Dron “Shahed” Akan Dibina Di Russia, Belarus

Bagi memastikan tentera Russia tidak mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan dron-dron berani mati buatan Iran itu, Moscow dan Teheran dikatakan telah mencapai persetujuan untuk mendirikan kemudahan pembinaan dron-dron berani mati buatan industri pertahanan negara Parsi itu di Russia dan Belarus. 

0 2,747

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kerjasama erat antara Moscow dan Teheran dalam konflik di Ukraine telah menyaksikan Russia dibekalkan dengan ribuan dron berani mati “Shahed” buatan Iran yang digunakan untuk menyerang kemudahan-kemudahan awam dan tentera Ukraine.

Bagi memastikan tentera Russia tidak mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan dron-dron berani mati buatan Iran itu, Moscow dan Teheran dikatakan telah mencapai persetujuan untuk mendirikan kemudahan pembinaan dron-dron berani mati buatan industri pertahanan negara Parsi itu di Russia dan Belarus. 

 Teheran dikatakan telah bersetuju untuk mendirikan kemudahan pembuatan dron berani mati Iran di Belarus, yang merupakan sekutu kuat Russia dalam konfliknya dengan Ukraine, menambah sebuah kemudahan pembuatan dron Iran yang sebelum ini bakal didirikan di bandar Yelabuga, Tatarstan.

Shahed
Dron berani mati Iran

 

Pakar-pakar perisikan Barat mendakwa kemudahan pembuatan dron berani mati Iran “Shahed” di Wilayah Gomel, Belarus hanya menunggu masa untuk dibina bagi menampung peningkatan permintaan daripada Russia terhadap dron berani mati itu.

Lokasi pembuatan dron berani mati Iran di Wilayah Gomel itu terletak tidak jauh daripada sempadan Belarus-Ukraine.

Menteri Pertahanan Belarus Leftenen Jeneral Viktor Khrenin dilaporkan telah mengunjungi Iran pada 31 Julai lalu dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya daripada Iran Brig Jeneral Mohammad Reza Ashtiani.

Kedua-dua pihak juga dikatakan menandatangani Memorandum Persefahaman dan rancangan kerjasama ketenteraan dua hala Belarus-Iran.

Sebagai Menteri Pertahanan Iran,  Ashtiani memikul tanggungjawab utama untuk berunding dengan pihak-pihak asing tentang pembelian peralatan ketenteraan dan jualan persenjataan.

Shahed-136
Dron berani mati “Shahed-136” sebelum membedil sasaran di Kiev. (AFP)

 

Laporan media-media tempatan juga menyatakan bahawa kedua-dua menteri pertahanan kemungkinan telah membincangkan perjanjian berkenaan pembuatan pelbagai jenis senjata termasuk dron-dron berani mati semasa pertemuan dua hala itu.

Kemudahan pembinaan dron-dron berani mati Iran di Wilayah Gomel di Belarus itu pada asalnya adalah sebuah kilang yang telah ditinggalkan oleh penggunanya sebelum ini.

Ini bukan percubaan pertama oleh Belarus dan Iran untuk bersama-sama menghasilkan senjata.

Pada November 2022, Ketua Perisikan Tentera Ukraine, Kyrylo Budanov, mendedahkan tentang rancangan Belarus untuk menghasilkan pelbagai jenis peluru untuk sistem artileri dan sistem MLRS (Multiple Launch Rocket Systems).

Tidak lama selepas itu, pada akhir November 2022, satu delegasi Belarus telah melawat Iran.

Menurut pihak perisikan Ukraine, isu-isu yang dibincangkan dengan pihak Iran melibatkan seluruh kitaran pengeluaran – dari teknologi peleburan keluli untuk pembuatan komponen peluru yang digunakan untuk peluru dan bekas yang digunakannya.

Shahed

Awal Mei lepas,  Ukraine melaporkan bahawa pihak berkuasa Iran cuba mengelakkan sekatan Barat dan tekanan dari negara-negara lain dengan memindahkan pengeluaran beberapa jenis senjatanya ke Russia dan Belarus untuk digunakan oleh Rusia di Ukraine.

Jurutera-jurutera Iran juga dilaporkan telah mengadakan terhadap kilang di Wilayah Gomel di Belarus untuk dijadikan kemudahan pembinaan dron-dron berani mati.

Kemudahan pengeluaran dron Iran di Belarus akan membantu Rusia menangani masalah logistik pengangkutan dron-dron terbabit dari negara Parsi.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Russia telah menggunakan dron-dron berani mati Iran seperti Shahed-131, Shahed-136 dan Mohajer untuk menyerang pelbagai sasaran di Ukraine seperti bangunan,infrastruktur awam termasuk janakuasa elektrik, pusat simpanan minyak dan lain-lain lagi.

Pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa kemampuan sistem dron Iran telah meningkat sejak 2014, bermula daripada penggunaannya oleh militan Houthi yang disokong Teheran dalam serangan-serangan terhadap kemudahan minyak dan gas milik syarikat Saudi Aramco kepada serangan terhadap kapal-kapal komersial yang melalui perairan Teluk Parsi dan kini di medan peperangan di Ukraine.

Walaupun dron-dron berani mati buatan Iran ini memiliki ketepatan yang rendah,tetapi berjaya “menakutkan” tentera dan orang awam Ukraine daripada segi psikologi.

Dron-dron berani keluaran Iran juga dikatakan berjaya menampung kekurangan senjata dialami oleh tentera Russia akibat konflik berintensiti tinggi yang berterusan untuk tempoh tempoh daripada setahun.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat itu lagi, “kilang” pembuatan dron berani mati Iran di Yelabuga,Tatarstan itu dijangka mula beroperasi pada tahun depan.

Yelabuga,Tatarstan itu terletak di timur Moscow. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...