Amerika Syarikat Mahu Sumbang Lagi Dron ScanEagle?
Dron-dron itu kemudiannya akan diserahkan kepada Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin negara itu serta pelbagai negara lain, menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anak syarikat Boeing, Insitu telah menerima kontrak berjumlah RM191 juta (RM764 juta) daripada Tentera Amerika Syarikat untuk membekalkan dron RQ-21A Blackjack dan ScanEagle serta peralatan sokongannya.
Dron-dron itu kemudiannya akan diserahkan kepada Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin negara itu serta pelbagai negara lain, menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Adakah Malaysia bakal menjadi salah satu “negara lain” yang akan menerima dron-dron ScanEagle “sumbangan” Amerika Syarikat itu sekali lagi?
Kontrak diberikan kepada anak syarikat Boeing itu melibatkan 13 buah dron RQ-21A Blackjack dan 25 buah dron ScanEagle bersama-sama segala sistem sokongannya.
Anak syarikat Boeing itu menurut kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat perlu menyiapkan kontraknya sebelum pertengahan tahun 2026.
Tentera Laut Diraja Malaysia menerima sumbangan 12 buah dron “ScanEagle” bersama-sama peralatan sokongannya dibawah program “Maritime Security Initiative” (MSI) anjuran kerajaan Amerika Syarikat.
Selain 12 buah dron ScanEagle, pihak TLDM turut menerima peralatan sokongan seperti 11 buah Ground Control Station, empat buah MK4 launcher dan empat buah MK1 Mod Skyhook Recovery System.
Kesemua 12 sistem ScanEagle yang diberikan kepada TLDM di bawah program MSI itu bernilai RM180 juta.
Dron terbabit dioperasikan oleh Skuadron 601 yang berpengkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bagi tujuan rondaan maritim untuk misi-misi Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Malaysia mula menerima dron-dron itu pada Mei 2000,dengan penerbangan pertama pada tahun lepas.
Comments are closed.