Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Boeing “Bengang” China Pilih Airbus, Kontrak Bernilai RM148 Bilion “Lebur”

Disebabkan perang dagang yang berpanjangan di antara Washington dan Beijing, syarikat pembuat pesawat Amerika Syarikat itu kehilangan peluang perniagaan apabila China memberikan kontrak bernilai RM148 biliion kepada Airbus untuk membekalkan 300 pesawat komersial kepada beberapa syarikat penerbangan di negara itu.

0 7,227

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pembuat kapal terbang Amerika Syarikat, Boeing terpaksa menanggung kerugian yang amat besar kesan daripada perang dagang yang berpanjangan di antara negara kuasa besar dunia itu dengan China selepas Beijing menganugerahkan pesaing utamanya iaitu, Airbus dengan kontrak yang lumayan untuk membekalkan 300 buah pesawat A320neo kepada beberapa syarikat penerbangan di China.

Apa yang membuatkan Boeing lebih “sakit hati” adalah — kontrak yang dimenangi oleh syarikat pembuat pesawat Eropah itu  dianggarkan bernilai US$37 bilion (RM148 bilion).

Sebanyak 296 buah kapal terbang komersial A320neo buatan Airbus itu akan dibekalkan kepada China Eastern Airlines yang akan memperolehi 100 buah pesawat jenis itu manakala Air China dan anak syarikatnya pula bakal memperolehi 96 buah pesawat terbabit.

Airbus

Sementara itu,syarikat penerbangan China Southern Airlines pula bakal memiliki 96 buah pesawat A320neo dan menyewa empat buah pesawat daripada jenis yang sama.

“Ia adalah amat mengecewakan kerana perbezaan geopolitik (di antara China dan Amerika Syarikat) terus-menerus menyekat eksport pesawat-pesawat komersial Amerika Syarikat.”

“Penjualan pesawat-pesawat komersial Amerika Syarikat kepada China secara dasarnya menyokong ribuan pekerjaan,” kata jurucakap syarikat Boeing kepada media kewangan antarabangsa, Bloomberg.

China adalah pasaran utama kepada keluarga pesawat 737 yang dibangunkan oleh Boeing dan A320 yang dibuat oleh syarikat pesaingnya, Airbus.

Hubungan di antara Washington dan Beijing tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan perang dagang menyusul antara kedua negara apabila Amerika Syarikat dan China saling bertindak-balas di antara satu sama lain dengan mengenakan tariff yang tinggi terhadap barangan yang dihasilkan oleh kedua-dua negara.

Boeing

Pesawat-pesawat buatan Boeing merupakan produk eksport terbesar dan paling bernilai tinggi Amerika Syarikat kepada China

Media nasionalis China, “Global Times” dalam satu editorialnya mengatakan adalah sesuatu yang semulajadi Boeing berasa “bengang” apabila ia kalah dalam persaingan perniagaan dengan Airbus.

“Boeing telah mengadu tentang perbezaan geopolitik sehingga menjejaskan perniagaannya, tetapi China bukan pihak yang perlu dipersalahkan. Jikalau ada sebarang pertimbangan politik mengenai perkara ini, ia adalah, sikap Amerika Syarikat yang mempolitikkan isu-isu ekonomi dan perdagangan sehingga ia telah memakan diri,” kata Global Times.

Akhbar itu berkata berdasarkan kepada prestasi antarabangsa kedua-dua syarikat itu, Airbus telah berada dihadapan Boeing dalam mendapat pesanan daripada pelanggan dan juga memperluaskan pegangan pasarannya.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Penganalisis Bloomberg Intelligence, George Ferguson menulis bahawa keputusan China memilih pesawat-pesawat diperbuat oleh pembuat pesawat komersial Eropah, Airbus berbanding Boeing merupakan bukti jelas tentang perang dagang berterusan di antara Amerika Syarikat dan China.

Beliau berkata, pertumbuhan syarikat Boeing akan terbantut jika ia gagal menembusi pasaran China yang merupakan pasaran terbesar bagi pesawat-pesawat komersial. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

  

Comments
Loading...