Russia Letak Sistem Peluru Berpandu Di Kepulauan Kuril, “Amaran” Pada Jepun
Jepun mendakwa bahagian selatan Kepulauan Kuril itu sebagai miliknya dan memanggilnya Wilayah Utara (Northern Territories), isu pertikaian wilayah dengan Russia yang bermula puluhan tahun dahulu sejak akhir Perang Dunia Kedua apabila tentera Kesatuan Soviet menakluk kepulauan itu daripada Jepun.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Kementerian Pertahanan Russia mengumumkan bahawa ia telah menempatkan sistem peluru berpandu pesisir pantai di bahagian utara Kepulauan Kuril – – kepulauan yang amat strategik yang terletak di antara Jepun dan Semenanjung Kamchatka milik Russia.
Jepun mendakwa bahagian selatan Kepulauan Kuril itu sebagai miliknya dan memanggilnya Wilayah Utara (Northern Territories), isu pertikaian wilayah dengan Russia yang bermula puluhan tahun dahulu sejak akhir Perang Dunia Kedua apabila tentera Kesatuan Soviet menakluk kepulauan itu daripada Jepun.
Kesemua kepulauan ini adalah dalam bidang kuasa Rusia, tetapi Jepun menuntut dua pulau besar yang paling selatan sebagai taklukannya, dan juga anak pulau Shikotan dan Habomai, maka berlakunya pertikaian Kepulauan Kuril yang berterusan.
Jumlah keluasan kepulauan yang mempunyai 56 buah pulau adalah di sekitar 15,600 kilometer persegi (6,000 bt2)[2] dan jumlah penduduknya sekitar 19,000 orang.
Sistem peluru berpandu K-300P Bastion tentera Russia itu mampu membedil sasaran sehingga sejauh 500km, ditempatkan di Pulau Paramushir yang terletak di bahagian utara Kepulauan Kuril itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Russia semalam.
Sistem K-300P Bastion itu telah dibangunkan secara bersama dengan syarikat Belarus, Tekhnosoyuzproekt .
Ia mula beroperasi dengan tentera Russia pada 2015.
“Krew sistem peluru berpandu daripada Armada Pasifik akan memerhati kawasan-kawasan perairan berhampiran dan zon-zon di selat berdekatan,” menurut kenyataan itu.
Menurut kementerian itu lagi, kem tentera telah diwujudkan di Pulau Paramushir dengan kemudahan penginapan serta makan dan minum bagi membolehkan anggota tentera bertugas sepanjang masa dan sepanjang tahun.
Penempatan sistem peluru berpandu Bastion oleh tentera Russia di Pulau Paramushir di Kepulauan Kuril itu menyusul selepas ia bertindak menempatkan sistem peluru berpandu yang sama di Pulau Matua yang di Kepulauan Kuril, menurut Kementerian Pertahanan Russia itu.
Comments are closed.