Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Akan Hantar Lebih Banyak Sistem Pertahanan Udara “S-400” Kepada Turki

Perkara itu disahkan oleh ketua pegawai eksekutif agensi itu, Alexander Mikheyev kepada pemberita ketika ditemui pada pamera udara MAKS-2021 di Moscow hari ini.

0 2,929

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia akan melakukan satu lagi penghantaran susulan sistem pertahanan udara “S-400” kepada Turki di dalam masa beberapa bulan akan datang ini, sebagaimana disahkan oleh agensi pertahanan negara itu, Rosoboronexport hari ini.

Perkara itu disahkan oleh ketua pegawai eksekutif agensi itu, Alexander Mikheyev kepada pemberita ketika ditemui pada pamera udara MAKS-2021 di Moscow hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua negara sedang berbincang tentang cara pembiayaan untuk penghantaran kedua sistem pertahanan yang menjadi punca perbalahan di antara Turki dengan Amerika Syarikat.

“Perbincangan tentang cara pembiayaan sedang dilakukan (antara kedua-kedua negara) dan kami yakin ia akan selesai di dalam tempoh beberapa bulan akan datang ini,” kata Alexander kepada pemberita pada pameran itu.

Tindakan Turki membeli sistem pertahanan udara “S-400” itu tidak disenangi oleh Amerika Syarikat kerana mereka bimbang ia tidak selari dengan sistem pertahanan udara NATO, di mana Ankara dan Washington adalah anggotanya.

S-400

Washington bimbang kemungkinan Russia akan mengintip jaringan sistem pertahanan udara NATO menggunakan S-400 yang digunakan oleh Turki.

Disebabkan kedegilan Turki untuk meneruskan pembelian S-400 itu, Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi dan senjata terhadap negara Mediterranean itu dibawah undang-undang kontroversinya, CAATSA.

Amerika Syarikat juga bertindak mengeluarkan pembabitan Turki daripada program pembangunan pesawat pejuang generasi ke-lima F-35 Lightning, tindakan yang dibantah keras oleh Ankara yang telah menempah sebanyak 100 buah pesawat F-35A.

S-400

Ankara bertindak mendapatkan sistem pertahanan udara, S-400 itu percubaannya untuk mendapatkan sistem pertahanan udara “Patriot” tidak dilayan oleh NATO dan Amerika Syarikat.

Apa yang menimbulkan kemarahan tambahan oleh Turki adalah Greek yang merupakan musuh ketatnya, turut memiliki sistem pertahanan udara, S-300 tetapi tidak menerima sebarang tindakan daripada NATO mahupun Amerika Syarikat.

Dalam satu pertemuan di antara Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan dengan Presiden Jo Biden baru-baru ini, Erdogan telah menyatakan kepada Biden bahawa beliau tidak akan membatalkan pembelian sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...