Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Berusia 47 Tahun, MiG-31 “Foxhound” Kekal Antara Pesawat Terpantas Dunia

Pesawat pejuang MiG-31 “Foxhound” yang mampu mencapai kelajuan 3,000km sejam itu akan terus berkhidmat dengan Tentera Udara Russia sehingga pertengahan 2030-an apabila tugasnya itu dijangka diambil oleh pesawat MiG-41 yang sedang dibangunkan pada ketika ini.

0 4,276

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun pesawat pejuang MiG-31 telah melakukan penerbangan sulungnya kira-kira 47 tahun yang lalu, namun pesawat pejuang terbabit kekal sebagai pesawat pemintas jarak jauh utama bagi Tentera Udara Russia.

Pesawat pejuang MiG-31 “Foxhound” yang mampu mencapai kelajuan 3,000km sejam itu akan terus berkhidmat dengan Tentera Udara Russia sehingga pertengahan 2030-an apabila tugasnya itu dijangka diambil oleh pesawat MiG-41 yang sedang dibangunkan pada ketika ini.

Penganalisis tentera Russia meramalkan pesawat MiG-41 atau PAK-DP akan mampu terbang selaju Mach 4 apabila ia beroperasi kelak.

Pihak tentera Russia membangunkan MiG-31 untuk menggantikan MiG-25 “Foxbat”, namun masih mengekalkan majoriti daripada rekabentuk pesawat terdahulu itu.

Pesawat MiG-31 dibangunkan untuk melakukan beberapa tugas utama iaitu memintas peluru berpandu kruis (high and low altitudes) dan pesawat yang melancarkannya, mengesan serta memusnahkan pesawat tanpa pemandu serta helikopter.

Russia
Pesawat MiG-31KTentera Russia dilengkapi dengan peluru berpandu Hypersonic “Kinzhal” berlepas daripada Pangkalan Udara Khemeimin di Syria. (gambar MOD Russia)

 

Tugas lain pesawat itu adalah mengiringi pesawat-pesawat pengebom strategik Russia dan memberikan perlindungan udara kepada kawasan-kawasan yang tidak dilindungi oleh sistem pertahanan udara.

Mula berkhidmat untuk Tentera Udara Soviet Union ketika ia mula memasuki perkhidmatan, lebih daripada 500 buah MiG-31 dibina sepanjang kemudahan produksinya masih lagi wujud sebelum ia ditutup pada pertengahan 1994.

Kini, pesawat MiG-31 hanya digunakan oleh Tentera Udara Russia dan Tentera Udara Kazakhstan.

Diiktiraf sebagai antara pesawat pejuang paling pantas di dunia pada ketika ini, pihak tentera Russia turut berusaha menaiktaraf MiG-31 bagi memastikan ia terus berkemampuan memikul beban tugas menjaga keselamatan negaranya itu.

Varian terbaru pesawat pemintas jarak jauh itu kini adalah MiG-31BM yang juga boleh bertindak sebagai pesawat pejuang pelbagai guna (multi-role combat aircraft).

MiG-31

Antara usaha-usaha naiktaraf yang dilakukan terhadap pesawat itu bagi menjadikannya varian MiG-31BM adalah pada sistem avioniknya, radar multi-mode yang baru, sistem komputer baru yang lebih berkuasa, multi-function colour display (MFCD) dan digital data links.

Radar “Zaslon-M” yang melengkapi pesawat MiG-31BM itu dikatakan berkeupayaan mengesan pesawat lain pada jarak 400km dan 24 lain sasaran secara serentak.

Dengan segala naiktaraf ini, pesawat MiG-31BM kini berkeupayaan untuk melaksanakan pelbagai misi dan tidak hanya terhad kepada misi-misi pemintasan dan udara-ke-udara.

Untuk misi udara-ke-udara, senjata utama pesawat MiG-31 adalah empat butir peluru berpandu R-33 (AA-9 Amos) atau empat butir peluru berpandu R-73 (AA-11 Archer) dan empat butir R-77 (AA-12 Adder).

Selain itu untuk misi Suppression of Enemy Defences (SEAD), ia boleh membawa peluru berpandu anti-radiasi KH-31P atau KH-58 manakala bagi tugas-tugas maritim ia boleh dilengkapkan dengan enam butir peluru berpandu KH-31A serta peluru-peluru berpandu lain termasuk  X-59, X-29T dan X-59M.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pesawat MiG-31 berkemampuan membawa sehingga 9 tan persenjataan untuk misi MRCA.

Tentera Udara Russia dijangka akan memiliki sehingga 150 buah pesawat pejuang MiG-31BM varian MRCA yang berkemampuan melaksanakan pelbagai misi dan membawa pelbagai sistem persenjataan.

Pada ketika ini, pesawat MiG-31BM merupakan pesawat utama di dalam Tentera Udara Russia yang ditugaskan untuk membawa peluru berpandu Hypersonic “Khinzal” yang kelajuannya boleh mencapai sehingga 10 Mach tetapi jaraknya pula boleh mencecah sehingga 2,000km. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...