Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“RENTAKA” By MILDEF Intai Peluang Dalam Dan Luar Negara

Berbanding Tarantula yang lebih berfungsi sebagai kepada kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) , Rentaka yang saiz lebih kecil itu pula lebih kepada sebuah kenderaan peninjau (scout) atau “reconnaissance”.

0 4,809

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas menghasilkan Tarantula, syarikat tempatan MILDEF International Technologies kini tampil dengan sebuah lagi kenderaan bermobiliti tinggi dipanggil “Rentaka 4×4″.

Dengan seberat sembilan tan dan mampu mengangkut 10 orang, kenderaan Rentaka ini juga boleh dilengkapi dengan sistem persenjataan mesingan berat sama ada dioperasikan secara manual atau secara remote (remote control weapon system) bergantung kepada keperluan pelanggan.

Kenderaan Rentaka ini menggunakan enjin 6.7 liter V8 Turbo Diesel.

Rentaka

Pada pameran DSA 2022 yang baru sahaja berakhir, memang tidak dinafikan selain Tarantula mendapat perhatian ramai, Rentaka juga berjaya mencuri tumpuan mereka yang menghadiri pameran pertahanan dua tahun sekali yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur itu.

Malah delegasi pertahanan asing juga tertarik dengan kenderaan Rentaka dengan ada di antara telah mendapatkan maklumat lanjut tentang kenderaan terbaru keluaran syarikat MILDEF International Technologies itu.  

Rentaka

Berbanding Tarantula yang lebih berfungsi sebagai kepada kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) , Rentaka yang saiz lebih kecil itu pula lebih kepada sebuah kenderaan peninjau (scout) atau “reconnaissance”.

Disebabkan saiznya yang lebih kecil, kenderaan Rentaka ini juga boleh digunakan di kawasan-kawasan padat penduduk untuk apa-apa operasi keselamatan sama ada membabitkan angkatan tentera atau polis.

Unit-unit Pasukan Gerak Am (PGA),  Pasukan Gerak Khas (PGK) malah Unit Tindakan Khas (UTK) juga boleh menggunakan Rentaka dalam operasi mereka.

Rentaka

Manakala bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula, kenderaan Rentaka boleh menggantikan kenderaan scout ATM yang sudah berusia “Ferret” dalam ketumbukan armor mereka.

Satu Troop armor boleh terdiri daripada dua buah kenderaan Rentaka, dua buah Tarantula dan dua buah kenderaan 6×6. — DSA

Comments
Loading...