“Kami Makan F-22 Raptor Sebagai Hidangan Tengah Hari” – Juruterbang Typhoon Jerman
Imej pesawat generasi kelima Air-Dominance Amerika Syarikat, F-22 Raptor itu sedikit tercalar apabila ia “ditewaskan” oleh pesawat Eurofighter Typhoon Tentera Udara Jerman dalam satu latihan udara yang berprestij tinggi dan menarik perhatian ramai dipanggil “Red Flag” yang berlangsung pada 2012 di Alaska.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat telah membelanjakan US$64 bilion (RM256 bilion) untuk membangunkan pesawat air-dominance generasi kelima dengan kemampuan halimunan (stealth) F-22 “Raptor” yang melakukan penerbangan sulung pada 1997.
Pesawat F-22 Raptor itu direkabentuk khusus sebagai pesawat “Air Dominance” untuk menguasai ruang udara dan menumpaskan pesawat pejuang musuh dalam mana-mana pertempuran udara “dogfight”, selain berkemampuan juga untuk melaksanakan misi air-to-ground.
Sehingga Ogos 2022, Tentera Udara Amerika Syarikat memiliki sejumlah 183 buah pesawat F-22 Raptor.

Bagaimanapun imej pesawat air-dominance Amerika Syarikat, F-22 Raptor itu sedikit tercalar apabila ia “ditewaskan” dalam satu latihan udara yang berprestij tinggi dan menarik perhatian ramai dipanggil “Red Flag” yang berlangsung pada 2012 di Alaska.
Latihan itu berlangsung selama dua minggu dan ia membabitkan beberapa jenis pesawat pejuang daripada beberapa buah negara.
Pada latihan yang mendapat perhatian ramai itu, Tentera Udara Jerman (Luftwaffe) telah menghantar lapan buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon daripada 74th Tactical Air Force Wing.
Kedua-dua pesawat pejuang air-superiority itu mula diperkenalkan dalam tempoh yang hampir sama, dengan penerbangan sulung pesawat Eurofighter Typhoon berlaku pada tahun 1994 manakala F-22 Raptor pada 1997.
Kedua-dua pesawat mula beroperasi dengan tentera udara masing-masing pada awal 2000-an.

Seperti dijangkakan, pesawat pejuang Eurofighter Typhoon Tentera Udara Jerman di dalam pertempuran udara “Within Visual Range” (WVR) di mana pesawat-pesawat F-22 Raptor tidak dapat menggunakan kelebihan dimilikinya daripada segi stealth dan radar serta sensornya yang lain.
Jikalau simulasi pertempuran udara itu diadakan dalam sesi “Beyond Visual Range” (BVR), sudah pasti pesawat Eurofigher Typhoon Tentera Udara Jerman itu akan menjadi “lauk” kepada pesawat F-22 Raptor Amerika Syarikat itu.
Comments are closed.