Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Program Pembangunan Varian Terkini F-35 Block 4 “Terlalu Mahal, Bermasalah”

Kos keseluruhan untuk program pembangunan varian terkini F-35 iaitu Block 4 dikatakan telah meningkat kira-kira US$16.5 bilion (RM66 bilion) manakala kos keseluruhan pembangunan pesawat itu sejak ia mula diperkenalkan kini mencecah US$183 bilion (RM732 bilion).

0 3,065

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Laporan oleh agensi kerajaan Amerika Syarikat, Government Accountability Office (GAO) menyatakan bahawa program menaiktaraf pesawat pejuang F-35 kepada varian Block 4 adalah “terlalu mahal” dan “bermasalah”.

Agensi itu menegur Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat kerana gagal mengambil langkah mengkaji semula program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima itu.

Pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat baru sahaja memasuki tahun kelima dalam usahanya membangunkan varian terkini pesawat pejuang F-35 iaitu Block 4,tetapi kini berhadapan dengan kelewatan disebabkan berapa isu mengenai teknologi.

F-35B

Kos keseluruhan untuk program pembangunan varian terkini F-35 iaitu Block 4 dikatakan telah meningkat kira-kira US$16.5 bilion (RM66 bilion) manakala kos keseluruhan pembangunan pesawat itu sejak ia mula diperkenalkan kini mencecah US$183 bilion (RM732 bilion).

Program pembangunan varian F-35 Block 4 telah lama dirancang sejak tahun 2000 untuk meningkatkan kemampuan F-35 termasuk melengkapkannya dengan radar baru AN/APG-85, sistem peperangan elektronik dan sensor lain seperti  sistem penjejak sasaran electro-optical, komunikasi dan navigasi.

Pembangunan utama varian terkini F-35 Block 4 adalah sistem peperangan elektroniknya, kata pegawai kanan Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral Mark D.Kelly.

Varian F-35 Block 35 juga akan dilengkapi dengan sistem persenjataan baru, antenna baru dan pelbagai lagi naik taraf yang dirahsiakan.

Selain isu kos pembangunan varian terkini F-35 yang melambung, agensi kerajaan Amerika Syarikat itu mahukan syarikat pembuat enjin pesawat itu menyelesaikan masalah berkenaan sistem penyejukkan enjin itu.

F-35

Masalah itu menyebabkan enjin itu berfungsi lebih daripada apa yang ia direka untuk lakukan.

Selain itu pejabat GAO dalam laporannya juga menyatakan bahawa sehingga Januari tahun ini ia telah menemui sebanyak 821 masalah berkaitan dengan pesawat pejuang generasi kelima itu.

Lima daripada masalah itu diletakan sebagai masalah Kategori 1 yang “kritikal dan boleh memudaratkan keselamatan” manakala selebihnya pula adalah masalah Kategori 2 yang boleh “menjejaskan atau mengagalkan kejayaan sesuatu misi.”  

Agensi kerajaan Amerika Syarikat itu juga menyatakan Jabatan Pertahanan negara itu sehingga kini telah gagal membangunkan simulator pesawat pejuang itu. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...