Belanja RM256 Bilion, Tapi Hanya Dapat 187 Buah F-22 Raptor
Pada mulanya, Amerika Syarikat mahukan lebih daripada 700 buah pesawat F-22 untuk menangani pesawat-pesawat pejuang Russia, tetapi akibat peningkatan kos yang melampau, Washington pada akhirnya hanya membeli kurang daripada 200 buah pesawat "tercanggih dunia" itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pembayar cukai Amerika Syarikat telah membelanjakan kira-kira US$64 bilion (RM256 bilion) untuk membangunkan pesawat pejuang F-22 “Raptor” yang dicanang oleh negara kuasa besar itu sebagai pesawat pejuang paling canggih ketika ia memulakan operasi pada pertengahan 1990-an.
Namun, apa yang diperolehi oleh negara itu dapat selepas mengeluarkan perbelanjaan yang amat besar itu?
Selepas membelanjakan kira-kira RM256 bilion, Tentera Udara Amerika Syarikat hanya memperolehi 187 buah pesawat F-22 yang direkabentuk untuk khusus sebagai pesawat “Air Dominance” untuk menguasai ruang udara dan menumpaskan pesawat-pesawat pejuang musuh.
Suatu bilangan yang amat tidak memadai dengan perbelanjaan besar yang telah dikelauarkannya.
Pada mulanya, Amerika Syarikat mahukan lebih daripada 700 buah pesawat F-22 untuk menangani pesawat-pesawat pejuang Russia dan sekutunya, tetapi akibat peningkatan kos yang melampau, Washington pada akhirnya hanya membeli kurang daripada 200 buah pesawat “tercanggih dunia” itu.
Produksi pesawat generasi kelima “paling canggih” di dunia itu telah pun ditamatkan pada 2011 oleh syarikat pembuatnya, Lockheed Martin.
Dengan kos pembangunannya (termasuk R&D) yang mencecah RM256 bilion, kos per-unit pesawat F-22 itu dianggarkan adalah sebanyak US$330 juta (RM1.3 bilion) manakala kos satu jam penerbangannya pula adalah US$70,000 (RM280,000).
RM280,000 untuk satu jam penerbangan F-22 Raptor berbanding US$33,000 (RM132,000) untuk menerbangkan F-35 selama satu jam.
Usaha untuk menurunkan harga per-unit pesawat F-22 sukar kerana Kongres Amerika Syarikat tidak membenarkan pesawat itu dieksport ke negara luar disebabkan teknologinya yang terlalu sensitif dan kebimbangan ia akan jatuh ke tangan pihak musuh.
Disebabkan ia tidak dibenarkan dieskport ke negara-negara luar, Lockheed Martin tidak boleh menggunakan “economy of scale” untuk menurunkan harga per-unitnya.
Banyak negara menunjukkan minat untuk membeli F-22 jika Amerika memberikan kebenaran untuk dieksport.
Antara teknologi yang amat sensitif pada pesawat F-22 adalah teknologi stealth-nya yang dikatakan jauh lebih baik daripada apa yang ada pada pesawat F-35 Lightning yang digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya pada ketika ini.
Radar cross-section daripada pesawat F-22 Raptor adalah jauh lebih kecil berbanding pesawat F-35.
Dikatakan radar cross-section pesawat F-22 hanya tidak lebih sebesar seekor lebah.
Pesawat Raptor itu diselaputi dengan “top secret coating” yang membuatkan pesawat itu lebih halimunan daripada pesawat—pesawat halimunan yang lain, membolehkannya menyerap radar signature dan bukan sekadar deflect radar signature itu.
TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE SECURITY ASIA:
Selepas menamatkan produksi F-22, Amerika mengarahkan syarikat Lockheed Martin untuk meningkatkan produksi pesawat pejuang F-35 (ketiga-tiga varian A, B dan C) untuk menampung kekurangan pesawat akibat penamatan produksi Raptor itu.
Varian F-35A adalah untuk land-based, F-35B (short take-off and vertical landing –STOVL) dan F-35C untuk kegunaan di kapal-kapal pengangkut pesawat.
Amerika Syarikat merancang untuk memiliki sebanyak 2,400 pesawat F-35 (ketiga-tiga varian) untuk Tentera Udara, Tentera Laut dan Marines.
Sehingga hari ini, syarikat Lockheed Martin telah berjaya menghasilkan kira-kira 750 buat pesawat F-35 untuk digunakan oleh tentera Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya. — DSA
Jom follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.
Comments are closed.