Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Bayar Wang Ansuran Pertama Untuk 6 Buah Pesawat Rafale

Pembayaran ansuran pertama Indonesia kepada syarikat Dassault Aviation terhadap enam buah pesawat Rafale itu daripada 42 buah yang ia cadang perolehi menandakan kontrak pembelian pesawat pejuang generasi 4.5 itu yang ditandatangani pada Februari lepas telah diaktifkan secara rasmi.

0 3,092

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Kerajaan Indonesia dilaporkan telah membayar wang ansuran yang pertama bagi enam buah pesawat pejuang Rafale yang dibelinya daripada Perancis, menurut media-media tempatan negara jiran itu.

Pembayaran ansuran pertama kepada syarikat Dassault Aviation bagi enam buah pesawat Rafale daripada 42 buah yang ia cadang perolehi menandakan kontrak pembelian pesawat pejuang generasi 4.5 itu yang ditandatangani pada Februari lepas di Jakarta telah diaktifkan secara rasmi.

Pada Februari lepas, Indonesia menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale, yang akan dibeli secara dua tahap iaitu enam buah pesawat (tahap 1) dan 36 buah pesawat pada tahap kedua.

Rafale
Pesawat pejuang “Rafale” yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa Perancis, Dassault Aviation.

 

Harga bagi enam buah pesawat Rafale pertama itu dilaporkan sekitar US$1.3 bilion (RM5.2 bilion) manakala harga bagi keseluruhan 42 buah pesawat dianggarkan pada sekitar US$8.1 bilion (RM32.4 bilion).

Dengan pembayaran ansuran pertama bagi enam buah pesawat Rafale itu, ia juga menandakan Indonesia secara rasminya menjadi negara terbaru yang memiliki pesawat pejuang Omnirole keluaran Perancis.

Jakarta dijangka menerima pesawat Rafale yang pertama daripada enam buah itu tiga tahun selepas kontrak diaktifkan iaitu pada tahun 2025.

Indonesia dijangka menggunakan varian sedia ada iaitu Rafale FR3.

Negara Asia Tenggara itu mengikuti jejak langkah Mesir yang membeli 55 buah pesawat Rafale, Qatar (36), India (36), Greek (24), Croatia (12) dan Emiriah Arab Bersatu (80).

Damocles
Pesawat pejuang Rafale dengan Targeting Pod “Damocles”

 

Pada Februari lepas, kontrak pembelian 42 buah pesawat Rafale itu telah ditandatangani di antara Menteri Pertahanan Indonesia Jeneral Prabowo Subianto dengan Menteri Angkatan Tentera Perancis Florence Parly di Jakarta.

Menurut media-media Indonesia, pembayaran ansuran pertama bagi enam buah pesawat Rafale itu juga menandakan berakhirnya ketidaktentuan berkenaan program pembelian pesawat-pesawat pejuang Rafale itu.

Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) akan memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale itu di dalam varian dua tempat duduk (12 buah) dan satu tempat duduk (30 buah).

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menurut media Indonesia juga, berikutan perolehan 42 buah pesawat Rafale itu, kerajaan pimpinan Joko Widodo itu akan meningkatkan belanjawan pertahanannya pada tahun depan kepada US$21 bilion (RM84 bilion) berbanding US$9.3 bilion (RM37.2 bilion) yang diterima untuk sektor pertahanan negara itu pada tahun ini.

Pada Februari lepas itu, Indonesia turut menerima keluluskan daripada pihak Amerika Syarikat untuk memperolehi sehingga 36 buah varian pesawat F-15 yang terbaru iaitu “EX” yang dianggarkan bernilai di sekitar US$14 billion (RM56 bilion). — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...