Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pencerobohan Kapal China Utk “Ganggu” Cari Gali Minyak M’sia, Indonesia

Menurut badan bukan kerajaan berpengkalan di Washington, Asia Maritime Transparency Initiatve (AMTI) yang memantau perkembangan di Laut China Selatan, kapal-kapal China berada di kawasan perairan ZEE milik Malaysia dan Indonesia sepanjang masa untuk menganggu kerja-kerja mencari gali minyak dan gas yang dijalankan oleh syarikat-syarikat minyak dan gas kedua-dua negara itu.

0 2,913

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selama empat bulan pada tahun lepas bermula daripada Jun hingga September,  kapal-kapal pengawal pantai China dan kapal penyelidiknya dikesan menceroboh perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Malaysia serta Indonesia di Laut China Selatan bertujuan menganggu kerja-kerja mencari gali minyak dan gas yang dijalankan oleh syarikat-syarikat kedua-dua negara itu.

Menurut badan bukan kerajaan yang berpengkalan di Washington, Amerika Syarikat, Asia Maritime Transparency Initiatve (AMTI) yang memantau perkembangan di Laut China Selatan, kapal-kapal China itu berada di kawasan perairan ZEE milik kedua-dua negara berjiran itu “sepanjang masa.”

Kapal-kapal China itu mensasarkan aktiviti yang sedang dilakukan oleh dua buah drillship (kapal pengerudi minyak dan gas), iaitu “West Capella” yang beroperasi di perairan Malaysia dan “Clyde Boudreaux” yang beroperasi di perairan utara Pulau Natuna, Indonesia, 

Minyak
Gambar Kapal Pengawal Pantai China berhampiran pelantar minyak dan gas Malaysia di perairan Sarawak. (ehsan pembaca Defence Security Asia)

 

 “Sebuah kapal penyelidik China, Da Yang Hao juga telah dihantar oleh negara itu ke perairan pelantar benua (continental shelf) Malaysia untuk melakukan penyelidikan.” 

 “Apa yang membuatkan kapal itu dikerah ke perairan Malaysia adalah aktiviti kapal drillship, West Capella yang sememangnya tidak asing terhadap gangguan daripada kapal-kapal China. West Capella dikontrak kepada syarikat minyak dan gas Thailand, PTTEP sejak Julai tahun lepas untuk melakukan kerja-kerja menggerudi di lapangan minyak, Siakap North Petai yang terletak di Blok,” menurut laporan oleh AMTI.

Menurut AMTI itu lagi, kehadiran kapal penyelidik Da Yang Hao di kawasan perairan pelantar benua milik Malaysia turut diiringi oleh dua buah kapal penyelidikan pelbagai guna China dikenali sebagai Yue Xia Yu Zhi 20028 dan Yue Xia Yu Zhin 20027 serta sebuah militia maritim “Qiong Sansha Yu 318”.

Kapal China
Kapal survey milik kerajaan China, Hai Yang Di Zhi 10 meninggalkan perairan ZEE Indonesia di Laut Natuna.

 

Keempat-empat kapal kerajaan China itu diiringi sebuah kapal pengawal pantai negara itu, CCG 6307, mungkin untuk memberikan kawalan keselamatan.

Pada 4 Okt tahun lepas, Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk menyatakan bantahan negara terhadap keberadaan dan aktiviti kapal-kapal China, termasuk kapal penyelidikan, di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di luar pesisir Sabah dan Sarawak.

Dan respons daripada Kementerian Luar China adalah sebagaimana dijangka:

“Kapal penyelidik itu (milik China) sedang melaksanakan penyiasatan saintifik yang biasa di dalam kawasan perairannya sendiri,” ( the survey vessel was conducting a “normal scientific investigation” in its own territory),” kenyataan Kementerian Luar China, sebagaimana dilaporkan oleh media-media asing.

Ya, China menganggap kawasan perairan ZEE milik Malaysia itu adalah miliknya.

“Gangguan berterusan daripada kapal-kapal China itu terhadap aktiviti cari gali minyak dan gas di dalam peta Nine Dash Line telah menyukarkan lagi usaha pelaburan di dalam industri minyak dan gas di rantau Asia Tenggara ini,” menurut AMTI.

 Admin dalam artikel sebelum ini juga ada menulis bagaimana gangguan daripada kapal-kapal China ini boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha untuk mensabotaj ekonomi atau lebih tepat industri minyak dan gas Malaysia dan Indonesia.

 Jika gangguan kapal-kapal China ini berterusan dan semakin meningkat pada masa depan, mungkin tidak ada lagi pelabur yang mahu melabur dalam aktiviti cari gali minyak dan gas di Laut China Selatan.

Kapal China

Sepanjang masa kapal penyelidik China, Da Yang Hao itu berada di dalam perairan Malaysia untuk menjalankan “kerja-kerja penyelidikan”, ia telah ditemani oleh oleh empat buah kapal China yang lain. 

AMTI turut menyertakan gambar-gambar satelit yang diambil pada 15 Oktober lepas menunjukkan kehadiran empat buah kapal China itu di perairan Malaysia untuk “menemani” Da Yang Hao yang melakukan penyelidikan dasar laut.

Dalam laporannya itu, badan bukan kerajaan terbabit mengatakan ia tidak mengesan kehadiran kapal-kapal penguatkuasa Malaysia berada berhampiran dengan kapal penyelidik China itu.

Kapal penyelidik China itu memulakan aktivitinya di dalam perairan Malaysia itu pada 25 September tahun lepas iaitu sehari selepas pesawat-pesawat pejuang Malaysia dan pesawat pengebom Tentera Udara Amerika Syarikat, B-52 mengadakan latihan PASSEX di Selat Melaka.

TUDM
Rajah pencerobohan pesawat tentera China pada 31 Mei lepas. (kredit TUDM)

 

Menurut AMTI lagi, sememangnya kapal-kapal milik China itu terutamanya kapal penyelidik, Da Yang Hao mensasarkan aktiviti yang dijalankan oleh drillship yang disewa oleh Petronas, “West Capella”.

 Sebaik sahaja menceroboh perairan Malaysia, kapal penyelidik China itu telah “berkunjung” ke kawasan operasi West Capella sebanyak tiga kali iaitu pada 26 September, 7 Oktober dan 10 Oktober tahun lepas dalam satu lagi aktiviti “gangguan” mereka, menurut badan bukan kerajaan itu.

 Kapal penyelidik, Da Yang Hao itu berada hanya kira enam batu nautika daripada drillship, West Capella yang sedang beroperasi di dalam lapangan minyak Blok K dalam perairan ZEE Malaysia.  

TUDM
Salah sebuah daripada 16 buah pesawat pengangkut China yang dipintas oleh pesawat Hawk TUDM di Zon Maritim Malaysia  (ZMM) pada akhir 31 Mei tahun lepas.(kredit TUDM)

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Gangguan kapal-kapal China itu hanya mempunyai satu matlamat iaitu, ia mahukan negara-negara seperti Malaysia dan Indonesia menghentikan aktiviti mencari gali minyak dan gas di Laut China Selatan.

Beijing mahukan negara-negara Asia Tenggara itu bekerjasama dengannya atau berkongsi hasil bumi itu dalam meneroka lapangan-lapangan minyak yang terletak di dalam perairan Malaysia dan Indonesia itu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

Comments
Loading...