Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Radar Jarak Jauh TUDM Pastikan “Ops Curiga” Pantau Ruang Udara Negara

Menerusi "Ops Curiga", TUDM sentiasa memantau kehadiran pesawat asing berhampiran ruang udara negara, sebagaimana yang berlaku pada 31 Mei lepas apabila 16 pesawat tentera China melakukan penerbangan formasi taktikal yang mengancam kedaulatan ruang udara negara.

0 7,348

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) banyak melakukan misi dan operasi, tetapi satu operasi yang jarang digembar-gemburkannya adalah “Ops Curiga”, yang melibatkan usaha bersepadu tentera udara dalam memantau dan mengesan kehadiran pesawat-pesawat asing yang mencurigakan berhampiran ruang udara negara,.  

Menerusi “Ops Curiga”, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa memantau kehadiran pesawat-pesawat asing berhampiran ruang udara negara, sebagaimana yang berlaku pada 31 Mei lepas apabila 16 pesawat tentera China melakukan penerbangan formasi taktikal yang boleh mengancam kedaulatan ruang udara negara.

Dalam memastikan kejayaan “Ops Curiga”, TUDM menggunakan radar-radar jarak jauh miliknya yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik seluruh negara serta pesawat-pesawat pejuang yang diletakkan dalam keadaan bersedia 24/7 untuk memintas pesawat asing sekiranya dikehendaki berbuat demikian.  

“Di dalam Ops Curiga, TUDM telah menggunakan radar jarak jauh,” kata Menteri Pertahanan di Parlimen baru baru tentang tindakan diambil oleh kerajaan dalam menangani pencerobohan oleh kapal-kapal dan pesawat tentera China pada tarikh berkenaan.

Penerbangan 16 buah pesawat tentera China berhampiran ruang udara negara pada 31 Mei lepas disifatkan pemerhati pertahanan sebagai di antara ancaman udara (air threat) paling serius dihadapi oleh negara dan TUDM  sejak beberapa tahun lepas.

TUDM
Pesawat-pesawat F/A-18D dan Airbus A400M “Atlas”  TUDM (Gambar kredit TUDM)

 

TUDM dalam satu kenyataan berkata, “insiden (penerbangan 16 pesawat tentera China) merupakan ancaman yang serius terhadap  kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara di dalam laluan penerbangan (airways) di dalam Kota Kinabalu Flight Information Region.”

Sebab itulah, beberapa hari selepas insiden pada 31 Mei lepas itu, Kementerian Luar atau Wisma Putra telah bertindak memanggil duta besar China ke Kuala Lumpur untuk meminta penjelasan daripadanya berkenaan tindakan 16 buah pesawat tentera negara itu.

Malaysia turut menyerahkan surat bantahan kepada duta besar China itu supaya ketidakpuasanhati kerajaan Malaysia itu dapat disampaikan kepada pentadbiran di Beijing.

Sebagaimana yang kita diberitahu tentang insiden pada 31 Mei itu, radar-radar milik TUDM memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan “Ops Curiga” dan memastikan negara mampu mengesan mana-mana “ancaman udara” lama sebelum ia memasuki ruang udara negara. 

Oleh kerana itulah, kita dimaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan sedang dalam proses untuk mendapatkan lebih banyak radar jarak jauh bagi memastikan keupayaan kita untuk mengawasi ruang udara negara sentiasa berada di dalam tahap tertinggi.

Pada pertengahan tahun ini, Kementerian Pertahanan dilaporkan telah mengeluarkan tender untuk memperolehi sebuah sistem radar jarak jauh 3D untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Selain itu, Amerika Syarikat telah bermurah hati untuk memberikan sebuah radar jarak jauh kepada Malaysia untuk mengukuhkan kawalan dan pengawasan ruang udara negara terutamanya di kawasan perairan Laut China Selatan.

 Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memberi kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat pertahanan negara itu sendiri, Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar jarak jauh kepada Malaysia.

Pakej di dalam kontrak kerajaan Amerika Syarikat kepada Lockheed Martin itu termasuklah alat ganti dan latihan kepada anggota-anggota TUDM yang bakal mengendalikannya.

Mengenai jenis radar jarak jauh yang akan dibekalkan kepada Malaysia itu,  ia berkemungkinan besar adalah daripada jenis “TPS-77” kerana ia merupakan produk yang dihasilkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Coverage bagi radar AN/TPS-77  ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah sebuah radar bergerak (mobile radar) yang mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi.

Radar
Radar TPS-77 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

 

Berbalik semula tentang “Ops Curiga”, ia  turut melibatkan operasi pemintasan atau visual atau radio contact dengan pesawat-pesawat tidak dikenali itu.

Bagaimanapun sebagaimana yang kita tahu, pesawat-pesawat tentera China yang terlibat dalam insiden 31 Mei itu tidak memberi sebarang respons terhadap sebarang cubaan untuk establish radio contact dengannya oleh menara Air Traffic Control (ATC) di Kota Kinabalu.

Disebabkan tindakan pesawat-pesawat tentera China “mendiamkan diri” dan tidak menjawab pertanyaan ATC Kota Kinabalu itu telah menyebabkan TUDM mengerahkan pesawat pejuang Hawk 208 yang berpengkalan di Labuan untuk melakukan “visual contact.”

TUDM telah mengerahkan Hawk daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan.

Daripada visual contact itulah, TUDM mengetahui bahawa 16 buah pesawat tentera China itu terdiri daripada pesawat pengangkut Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20.

Nasib baik pesawat-pesawat tentera China itu tidak meneruskan penerbangan mereka ke dalam ruang udara Malaysia selepas visual contact oleh pesawat-pesawat Hawk TUDM itu kerana jika ia berlaku sudah pasti insiden yang lebih besar akan menyusul.

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar. “

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM di Zon Maritim Malaysia pada akhir Mei lepas.(kredit TUDM)

 

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” menurut TUDM dalam kenyataan pada 1 Jun lepas.

TUDM berkata, pesawat-pesawat tentera udara China itu telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, KK FIR.

Ia seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...