Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kumpulan Weststar Timbang Buat IPO Untuk Anak Syarikatnya

Dengan 44 buah helikopter dimilikinya, 35 daripadanya adalah daripada jenis AW139 telah menjadikan syarikat sebagai pengendali helikopter AW139 kedua terbesar di dunia, menurut laman web Malaysia Petroleum Resources Corp

0 1,759

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan Weststar yang dikuasai oleh ahli perniagaan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim sedang menimbangkan untuk membuat Tawaran Awam Awal (Initial Public Offering) syarikat perkhidmatan helikopternya untuk mengumpul dana kira-kira US$300 juta (RM1.2 bilion).

Sumber yang dipetik oleh agensi berita kewangan,Bloomberg berkata, perbincangan awal telah diadakan dengan penasihat berkenaan penyenaraian Weststar Aviation Service Sdn Bhd yang dijangka berlaku seawalnya pada tahun depan.

Kumpulan Weststar melihat untuk menjual kira-kira 20 peratus daripada ekuiti dimilikinya di dalam syarikat Weststar Aviation Service.

Weststar

Walaupun perbincangan untuk Tawaran Awam Awal sedang berjalan tetapi ia tidak semestinya penjualan saham dan penyenaraian awam akan berlaku.

Wakil daripada Kumpulan Weststar enggan memberi komen terhadap laporan berita yang disiarkan oleh Bloomberg itu, b agaimanapun “cakap-cakap” mengenai Tawaran Awam Awal saham syarikat Weststar Aviation itu telah kedengaran sejak beberapa tahun yang dahulu.

Syarikat Weststar Aviation merupakan antara syarikat operator helikopter terbesar di rantau Asia Tenggara.

Weststar
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dengan 44 buah helikopter dimilikinya, 35 daripadanya adalah daripada jenis AW139 telah menjadikan syarikat sebagai pengendali helikopter AW139 kedua terbesar di dunia, menurut laman web Malaysia Petroleum Resources Corp.

Antara pelanggan-pelanggan utamanya adalah Petronas Carigali Sdn Bhd, Exxon Mobil Corp, ConocoPhillips dan Mubadala Petroleum LLC.

Syarikat Weststar memiliki operasi di pelbagai negara seluruh dinia termasuk Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Itali dan Mauritania.

Pada 2019, Weststar Aviation Services dilaporkan telah memeterai kontrak bernilai 50 juta euro (RM230 juta) bersama Leonardo bagi membeli lima helikopter baru.

Weststar

Pengarah Urusan Kumpulan The Weststar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim, berkata pembelian itu membabitkan tiga unit helikopter generasi baharu AW169 dan dua unit AW139.

Katanya, semua helikopter itu akan digunakan bagi operasi luar pesisir baharu syarikat iaitu di Arab Saudi dengan kontrak selama 10 tahun dan di Equatorial Guinea di Afrika Barat selama lima tahun.

“Syarikat merancang untuk menambah 11 lagi helikopter baharu menjelang tahun 2021 dan kebanyakannya akan digunakan untuk operasi kami di negara di Afrika Barat dan di Asia Barat,” katanya.

Weststar Aviation Services adalah antara syarikat global utama dalam industri perkhidmatan helikopter luar pesisir.– DSA

 

Comments
Loading...