“Projek Babylon”, Usaha Saddam Hussein Bangunkan Meriam-Meriam Gergasi
Dibawah "Projek Babylon" itu, Gerald Bull bakal membangunkan meriam-meriam gergasi dipanggil “Big Babylon” dan "Baby Babylon" yang mampu membedil sasaran ratusan dan ribuan kilometer sebelum beliau dibunuh oleh individu tidak dikenali ketika projek itu sudah hampir siap.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Siapakah Gerald Bull, pakar artilleri warganergara Kanada yang merupakan arkitek kepada “Projek Babylon” Iraq, yang sekiranya berjaya dilaksanakan akan mengukuhkan lagi kedudukan Baghdad dibawah pimpinan Saddam Hussein sebagai kuasa tentera di dunia Arab.
Kejayaan projek itu juga akan menjadikan Saddam Hussein sebagai pemimpin nombor satu dunia Arab.
Bull merupakan antara pakar artilleri dunia pada ketika itu dan adalah tenaga utama di belakang “Projek Babylon” yang dicadangkan oleh Saddam untuk mencipta “supergun” (meriam gergasi) yang boleh melancarkan peluru ratusan atau ribuan kilometer.

Sebenarnya, Saddam dan perisik-perisiknya memang sudah mengetahui tentang kajian yang telah dilakukan oleh Bull dan pasukannya tentang “supergun” yang berkemampuan melancar satelit ke orbit tanpa menggunakan roket pelancar yang amat mahal.
Cuma, Saddam yang pada ketika itu adalah setiausaha pertahanan Iraq mahu menggunakan teknologi “supergun” itu untuk tujuan lain.
Kerajaan Iraq pada ketika itu mahu menggunakan “supergun” yang bakal dibangunkannya hasil kepakaran Bull dan pasukannya bukan untuk melancarkan satelit ke orbit, tetapi untuk “menghumban” peluru-peluru artilleri ratusan kilogram beratnya terhadap musuh utamanya ketika itu iaitu Iran pada ketika Perang Iran-Iraq baru sahaja bermula.
Jika Saddam berjaya melaksanakan “Projek Babylon”, Iraq akan berada di hadapan dalam teknologi artilleri bukan sahaja di Arab tetapi di seluruh dunia.
Akhirnya pada 1988, Iraq telah membayar Bull sebanyak US$25 juta (RM100 juta) untuk memulakan Projek Babylon yang akan menyaksikan pakar meriam daripada Kanada itu membangunkan beberapa “supergun” bagi negara Arab yang bukan sahaja kaya dengan hasil daripada minyak tetapi bercita-cita tinggi untuk menjadi ketua kepada dunia Arab.

Buat permulaan, Bull dan pasukannya dua buah meriam dipanggil “Big Babylon” yang memiliki kaliber 1000mm dan sebuah meriam yang lebih kecil saiznya, “Baby Babylon” yang mempunyai kaliber 350mm.
Meriam “Big Babylon” itu bukan sahaja memiliki berat 1.5 tan tetapi panjangnya juga adalah 156 meter, dengan diameter corong meriam itu mencecah satu meter.
Comments are closed.