Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Maritim Malaysia Terima 30 Bot RHFB Bernilai RM46.5 juta

Bot-bot Rigid Hull Fender Boat (RHFB) terbabit berukuran 12 meter panjang dengan tiga enjin berkapasiti 350 kuasa kuda setiap satu yang akan membolehkan ia mencapai kelajuan maksimum sehingga 48 knot.

0 3,512

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima 30 buah bot jenis Rigid Hull Fender Boat (RHFB) kelas-Perkasa bernilai RM46.5 juta bagi memperkukuhkan operasi penguatkuasaan dan carilamat di sepanjang perairan Semenanjung Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Datuk Mohd Zubil Mat Som, bot-bot terbabit berukuran 12 meter panjang dengan tiga enjin berkapasiti 350 kuasa kuda setiap satu yang membolehkan ia mencapai kelajuan maksimum sehingga 48 knot.

Bot-bot RHFB itu memiliki reka bentuk yang stabil dan mudah dikendalikan selain memiliki platform persenjataan untuk kegunaan anggota menggendalikan senjata ketika di atas bot.

Maritim

Sejumlah 27 bot kelas-Perkasa itu telah diagihkan kepada beberapa Maritim Negeri di Semenanjung Malaysia bagi memperkasakan lagi penguatkuasaan di perairan negara dengan tujuh bot di Maritim Negeri Johor.

Dua lagi bot itu telah diserahkan kepada Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, dua bot pada Maritim Negeri Selangor, tiga bot Maritim Negeri Perak, dua bot Maritim Negeri Pulau Pinang, enam bot Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

Pihak Maritim Malaysia turut menyerahkan dua bot kepada Maritim Negeri Pahang, satu bot Maritim Terengganu, dua bot Maritim Negeri Kelantan.

Manakala baki tiga bot akan diterima pada Ogos ini dimana dua bot adalah untuk Maritim Negeri Terengganu dan satu bot untuk Maritim Negeri Kelantan.

Maritim

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Menurut Mohd Zubil, keutamaan agihan bot RHFB itu diberikan kepada Maritim Negeri yang terdedah kepada ancaman aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan migran, dadah dan sebagainya.

“30 bot pemintas ini dinamakan sebagai “Kelas Perkasa” selaras dengan perolehan aset baharu ini berikutan keperluan bagi memperkasakan penguatkuasaan sedia ada.” Katanya.

 Sejak Januari hingga 10 Jun lalu, Maritim Malaysia telah melakukan 442 tangkapan atas pelbagai kesalahan melibatkan pencerobohan bot nelayan asing, penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan kontraband dan barang kawalan, Akta MSO dan lain-lain dengan jumlah nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM 55.8 juta.

Maritim Malaysia akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal dalam perairan negara sentiasa terjamin. — DSA

Maritim

Comments
Loading...