Pesawat Pejuang JF-17 Pakistan Bakal Dipertingkat Kemampuan Menerusi “OCU” (PFX Alpha)
Peningkatan kemampuan pesawat pejuang JF-17 Thunder milik Tentera Udara Pakistan dibawah OCU, yang juga digelar “PFX Alpha”, merupakan langkah pertama ke arah program pesawat pejuang masa hadapan dipanggil PFX.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketika International Defence Exhibition and Seminar 2024 (IDEAS) yang berlangsung baru-baru ini, Taman Teknologi Sains Aeroangkasa Kebangsaan (NASTP) Tentera Udara Pakistan mendedahkan bahawa pesawat pejuang JF-17 Thunder miliknya itu akan dipertingkatkan kemampuannya menerusi perlaksanaan apa yang dipanggil “Operational Capability Upgrade” (OCU).
Peningkatan kemampuan pesawat pejuang JF-17 Thunder milik Tentera Udara Pakistan dibawah OCU, yang juga digelar “PFX Alpha”, merupakan langkah pertama ke arah program pesawat pejuang masa hadapan dipanggil PFX.
Pada ketika ini, tujuan utama JF-17 OCU atau “PFX Alpha” adalah untuk menaiktaraf kemampuan radar dan sistem avionik pesawat pejuang JF-17 Tentera Udara Pakistan dan berkemungkinan mengintergrasikannya dengan sistem persenjataan udara-ke-udara dan udara-ke-darat termasuk dengan sistem buatan tempatan seperti “Rasoob 250” dan juga “AZB-81LR.”