Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat F-22 Raptor Misteri Dengan Cat Berkilat Seperti Cermin

Sehingga kini masih tiada jawapan mengapa pihak tentera udara Amerika Syarikat mengecat pesawat pejuang generasi kelima F-22 Raptor itu dengan bahan berkilat seperti cermin itu. Adakah ia Radar Absorbent Material (RAM) yang baru untuk pesawat pejuang halimunan?

7,724

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada akhir tahun lepas, beberapa keping gambar tersebar menunjukkan sebuah pesawat pejuang F-22 Raptor telah dicat dengan bahan berkilat seperti cermin sedang terbang di sekitar ruang udara Pangkalan Udara Nellis, Nevada di Amerika Syarikat.

Dan kini, dikatakan ada sebuah lagi pesawat F-22 Raptor dicat sebegitu rupa, berkilat seolah-olah seperti cermin. Tetapi mengapa?

Sehingga kini masih tiada jawapan disebalik punca mengapa pihak tentera udara Amerika Syarikat mengecat pesawat pejuang generasi kelima F-22 itu dengan bahan berkilat seperti cermin itu.

F-22
(The Aviationist)

 

Bagaimanapun portal aeroangkasa, The Aviationist mengatakan kemungkinan besar lapisan cat berkilat pada pesawat F-22 itu adalah sebahagian daripada ujian berkenaan IRST (Infra Red Search & Track), sistem penjejak sasaran dan sistem laser.

Ia juga melibatkan teknologi-teknologi yang bakal digunakan oleh pesawat pejuang generasi ke-6 yang sedang dibangunkan oleh tentera Amerika Syarikat secara rahsia.

Mungkin pihak tentera Amerika Syarikat menguji Radar Absorbent Material (RAM) yang berkemungkinan besar akan digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang atau pengebom halimunannya yang sedang dibangunkan pada ini.

RAM yang bakal menjadikan pesawat lagi “halimunan” daripada sebelumnya.

F-22
(The Aviationist)

 

Sebagaimana yang kita tahu, RAM ini adalah bahan yang amat rahsia malah antara sebab utama mengapa Amerika Syarikat tidak mahu mengeksport pesawat Raptor ke luar adalah kerana mahu melindungi kerahsiaan bahan RAM yang menyaluti pesawat F-22 itu.

Washington tidak mahu rahsia bahan-bahan RAM pada tubuh F-22 itu jatuh ke tangan musuh.

Selain tahap kerahsiaan yang tinggi, bahan RAM yang menyaluti tubuh F-22 itu juga adalah mahal dan sukar diselenggara. Teknologi penyelenggaraan hanya ada ditangan Amerika Syarikat.

F-22

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Menurut portal aeroangkasa itu lagi, pesawat F-22 Raptor yang dicat dengan bahan berkilat itu telah pun dikerah menjalani latihan dikenali “Weappon School Integration” di mana ia telah menjalani latihan pertempuran udara dengan pesawat-pesawat lain bertujuan men-simulasi pertempuran udara dengan pesawat Russia dan China.

Pesawat F-22 Raptor itu telah pun menjalani peringkat tertinggi tentera udara Amerika Syarikat melibatkan simulasi pertempuran udara dengan pesawat-pesawat musuh.

Bukan sahaja pesawat Raptor dengan cat berkilat seperti cermin itu “halimunan” pada skrin radar, tetapi ia juga “halimunan” pada pandangan mata kasar. — DSA

 

 

Comments are closed.