Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sistem Pertahanan Udara S-550, Jawapan Russia Terhadap Ancaman Satelit, ICBM Musuh

Sistem pertahanan udara S-550 itu berkemampuan memusnahkan kapal angkasa (space craft), kepala peledak peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dan peluru berpandu Hypersonic pada altitude ribuan kilometer, sebagaimana didakwa oleh agensi berita Russia, TASS.

0 4,052

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ketegangan antara Russia dan pihak Barat di sempadan Ukraine semakin meningkat, Moscow mengumumkan ia telah mentauliahkan sistem pertahanan udara berkuasa tinggi dipanggil  “S-550” ke dalam angkatan tenteranya.

Sistem pertahanan udara itu ditauliahkan ke dalam perkhidmatan angkatan tentera Russia selepas selesai menjalani ujian oleh pihak kerajaan.

“Sistem pertahanan udara S-550 telah selesai menjalani ujian dengan berjaya. Briged pertama sistem S-550 telah pun memulakan tugas kombat mereka,” menurut kenyataan satu sumber kerajaan Russia kepada agensi berita negara itu, TASS semalam.

Sumber itu mengatakan sistem pertahanan udara S-550 adalah sistem yang baru dan tidak boleh disaingi oleh mana-mana sistem pertahanan udara strategik yang lain.

Ia berkemampuan memusnahkan kapal angkasa (space craft), kepala peledak peluru berpandu balistik antara benua dan peluru berpandu Hypersonic pada altitude ribuan kilometer,” menurut sumber itu kepada agensi berita TASS itu.

S-550

Beliau berkata, sistem pertahanan udara yang baru itu akan menjadi sebahagian daripada sistem pertahanan udara Russia yang komprehensif meliputi sistem-sistem seperti Pantsir (jarak rendah), S-350, S-400, S-500 dan S-550.

Sistem pertahanan udara S-550 itu dikatakan memiliki kemampuan untuk mengesan peluru berpandu pada jarak yang lebih jauh berbanding sistem-sistem pertahanan udara yang lain termasuk S-400 dan S-500 serta THAAD dan AEGIS yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.

S-550

Jarak effektif sistem pertahanan udara terbaru Russia itu, S-550 adalah kira 600 km, dengan kemampuannya untuk memusnahkan peluru berpandu hypersonic serta sasaran udara seperti satelit pengintip (low earth orbit)

Russia sebelum ini tidak pernah memaklumkan kewujudan sistem pertahanan udara S-550.

Menurut beberapa pemerhati pertahanan, sistem pertahanan udara S-550 adalah lebih kurang sama dengan  sistem S-500, cuma S-550 direkabentuk untuk memusnahkan sasara-sasaran di udara dan angkasa lepas termasuk di satelit-satelit yang berlegar di Low Earth Orbit.

S-550

Pada ketika ini Russia telah pun ada mempunyai sistem pertahanan udara untuk menangani ancaman daripada ICBM (Intercontinental Ballistic Missile – ICBM), bagaimanapun sistem itu hanya boleh dikerah di dua kawasan iaitu Moscow dan lokasi silo-silo yang menempatkan ICBM bagi mematuhi perjanjjian Anti Ballistic Missile (ABM) Treaty 1972 yang ditandatanganinya dengan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun ABM Treaty telah pun tamat pada 2002.

Dengan sistem S-550, Russia boleh memberikan pelindungan terhadap keseluruhan negara itu daripada ancaman peluru-peluru berpandu ICBM dan hypersonic.

S-550

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...