Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Agresif Bina Ratusan Silo Pelancar Peluru Berpandu ICBM Di Kawasan Padang Pasir

Pembinaan silo-silo pelancaran peluru berpandu ICBM itu menunjukkan bahawa China sedang berusaha secara agresif untuk meningkatkan kemampuan peluru berpandu nuklear antara benua itu.

0 2,434

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Imej-imej satelit terkini yang dicerap menunjukkan China sedang membina kira-kira 120 silo pelancaran peluru berpandu ballistik nuklear antara benua (Inter Continental Ballistic Missile – ICBM) di sebuah kawasan padang pasir berhampiran bandar Yumen yang terletak di bahagian utara China.

Pembinaan silo-silo pelancaran peluru berpandu ICBM itu menunjukkan bahawa China sedang berusaha secara agresif untuk meningkatkan kemampuan peluru berpandu nuklear antara benua itu.

Imej-imej satelit komersial itu diperolehi oleh para pengkaji di James Martin Center for Non-Proliferation Studies di Monterey, California yang menunjukkan pembinaan secara agresif di ratusan kilometer di kawasan padang pasir di wilayah Gansu itu.

“Pembinaan kira-kira 120 buah silo pelancaran peluru berpandu ICBM apabila siap kelak, akan menandakan perubahan yang besar oleh Beijing, yang sehingga kini dipercayai memiliki di antara 250 hingga 350 buah peluru berpandu ICBM yang dilengkapi dengan peledak nuklear.”

“Bagaimanapun bilangan sebenar peluru berpandu ICBM yang bakal ditempatkan di dalam silo-silo itu tidak dapat dipastikan,” menurut laporan yang disediakan oleh akhbar terkenal Amerika Syarikat, “Washington Post.”

Silo ICBM
Imej satelit menunjukkan China sedang membina silo-silo peluru berpandu ICBM di sebuah kawasan padang pasir di negara itu. (gambar kredit Washington Post)

 

Menurut pakar senjata nuklear China, Jefferey Lewis, pembinaan silo-silo itu menunjukkan usaha agresif untuk meningkatkan keupayaan persenjataan nuklear mereka.

Lewis menyatakan skala pembinaan silo-silo pelancar peluru berpandu ICBM oleh China itu sebagai sesuatu yang menakjubkan.

“Jika termasuk dengan pembinaan silo-silo pelancaran peluru berpadu ICBM di kawasan lain, jumlah keseluruhan adalah 145 buah,” katanya, yang percaya usaha China itu adalah sebagai kuasa “deterrent” bagi memastikan ia survive serangan pertama peluru berpandu oleh Amerika Syarikat.

Lewis percaya silo-silo yang sedang dibina itu bakal menempatkan peluru berpandu ICBM jenis “DF-41” yang mampu membawa lebih daripada satu kepala peledak (multiple warheads)  dan membedil sasaran sejauh 9,500 batu.

Penemuan oleh pakar-pakar itu adalah selari dengan rumusan yang dibuat pihak tentera Amerika Syarikat tentang usaha agresif China untuk meningkatkan kemampuan peluru berpandu ICBM-nya.

DF-41
Peluru berpandu ICBM China “DF-41”.

 

Laksamana Charles Richard yang memimpin pasukan nuklear Amerika Syarikat dalam satu sesi penerangan kepada kongres negara itu pada April lepas berkata, China sedang membangunkan kekuatan senjata nuklear-nya secara bersungguh-sungguh.

Ia termasuklah meningkatkan pegangan peluru berpandu ICM sama menerusi sistem pelancaran statik atau bergerak yang boleh disembunyikan daripada pengesanan oleh satelit.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...