Cadangan Perolehan Pesawat Terpakai F/A-18D Kuwait Masih “Di Peringkat Awal”
Tidak ada lagi perbincangan dengan pihak Kuwait lagi, jadi selagi tiada lagi perbincangan dengan Kuwait, maka kemungkinan besarnya adalah cadangan untuk memiliki pesawat pejuang terpakai F/A-18D milik Tentera Udara Kuwait itu tidak akan terlaksana didalam masa terdekat ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini menyatakan bahawa cadangan Malaysia untuk memperolehi pesawat-pesawat terpakai F/A-18D Hornet daripada Kuwait masih di “peringkat awal.”
“Saya sudah bangkitkan di Parlimen mengenai usaha meningkatkan keupayaan pertahanan negara dan kita berminat mendapatkan F/A-18D.
“Kita sedang cuba mendapatkan aset yang (mempunyai nilai) lebih tinggi. Jika masih boleh digunakan, ia bagus,” katanya selepas melancarkan program Kerjaya Ekonomi Gig untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.
Kerajaan Kuwait dijangka melucut tauliah pesawat F/A-18C/D miliknya selepas menerima dan mengoperasikan pesawat terbaru F/A-18E/F (Super Hornet) yang kini dalam proses penghantaran oleh syarikat Boeing.
“Namun inisiatif ini masih menunggu perbincangan antara kedua-dua negara atau di peringkat kerajaan dengan kerajaan. Sekiranya inisiatif ini berjaya direalisasikan, sudah pasti ia akan meningkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan TUDM dalam menjaga ruang angkasa negara,” katanya.
Klik Di Bawah Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Timbalan Menteri itu tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan oleh perbincangan di “peringkat awal” itu, sama ada ia membabitkan pelbagai pihak di dalam Kementerian atau perbincangan awal itu turut melibatkan pihak Kuwait.
Bagaimanapun, memandangkan pihak Kuwait telah pun menafikan wujudnya perbincangan antaranya dengan Malaysia tentang pesawat terpakai F/A-18D miliknya itu, maka admin berpendapat “peringkat awal” yang dimaksudkan oleh Timbalan Menteri hanya melibatkan pihak di dalam Kementerian Pertahanan.
Tidak ada lagi perbincangan dengan pihak Kuwait lagi, jadi selagi tiada lagi perbincangan dengan Kuwait, maka kemungkinan besarnya adalah cadangan untuk memiliki pesawat pejuang terpakai F/A-18D milik Tentera Udara Kuwait itu tidak akan terlaksana didalam masa terdekat ini.
Dalam sektor perolehan pertahanan di Malaysia ini, kita sudah acap kali berhadapan dengan perkara yang sama sebagaimana cadangan perolehan pesawat terpakai F/A-18D Kuwait, yang dijangka akan berakhir dengan kekecewaan.
Comments are closed.