(ANALISIS) Perjanjian Pertahanan Australia-Korea Selatan, Perolehan Meriam K9
Firma pertahanan Hanwha Corp akan membina 30 “self-propelled Howitzers” dan 15 “armoured ammunition resupply vehicles” untuk tentera Australia. K9 Howitzers merupakan Howitzers digerakkan sendiri, dibangunkan oleh Hanwha Techwin yang dahulunya dikenali sebagai Samsung Techwin.
Dr Nor Aishah Hanifa
Pensyarah Kanan
Jabatan Strategi
Fakulti Pengajian Pertahanan dan Pengurusan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Arkitektur keselamatan di Asia menjadi lebih runcing dengan perjanjian pertahanan di antara Australia dan Korea Selatan (ROK), sekaligus memperkasakan pertahanan Australia vis-à-vis militeri China.
Korea Selatan merupakan negara sekutu AS, mempunyai hubungan istimewa dengan AS selepas Perang Dunia II. Selepas PD II, AS dan kuasa-kuasa bersekutu memecahkan Semenanjung Korea dengan garisan selari 38 darjah (38 degree parallel).
Tentera AS menduduki bahagian selatan di bawah garisan 38 darjah dan Soviet Union menguasai bahagian utara di atas garisan 38 darjah di Semananjung Korea. Perang Korea 1952 membahagikan Semananjung Korea kepada Korea Utara dan Korea Selatan dan ancaman Korea Utara (DPRK) telah lama mendominasi arkitektur sekuriti di rantau tersebut.
Kerjasama militeri AS dan Korea Selatan berasaskan Perjanjian Pertahanan Bersama (Mutual Defense Treaty) yang dimeterai pada tahun 1953. AS melihat Korea Selatan sebagai sekutu (alliance) dan perjanjian ini berkembang menjadi pembela sekuriti dan stabiliti di rantau Indo-Pasifik.
Lebih 28,500 anggota militeri AS diletakkan di Korea Selatan dan kerjasama diasaskan dengan tentera ROK dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam mempertahankan keselamatan ROK daripada ancaman Korea Utara.
Sekutu AS-ROK mengekalkan postur pertahanan merangkumi latihan militeri tahunan, penjualan militeri, peneguhan semula yang konsisten tentang komitmen AS terhadap ROK. Komitmen AS dilakukan menerusi struktur arahan bersama (combined command structure), dan rundingan kepimpinan tertinggi dalam isu sekuriti.
AS juga menyokong pemodenan sistem pertahanan ROK melalui penjualan kelengkapan pertahanan untuk memudahkan kepimpinan ROK dalam pasukan pertahanan dan sekali gus menguatkan peranan ROK sebagai rakan pertahanan strategik serantau.
Penjualan sistem pertahanan yang signifikan pada masa ini termasuk pesawat penyerang F-35, pesawat P-8A, sistem peluru-berpandu Patriot, pesawat tanpa pemandu Global Hawk, pesawat KF-16, sistem tempur Aegis, peluru-berpandu Harpoon, dan AH-64E helikopter penyerang.
Korea Selatan juga menikmati faedah militeri lain daripada AS melalui Sistem FMS (Foreign Military Sales System) dan Sistem Penjualan Komersial Langsung (DCS).
AS juga menikmati kepentingan militeri yang menguntungkan daripada Korea Selatan, menguatkan posisi ROK sebagai rakan strategik yang teguh.
Korea Selatan memainkan peranan penting dalam arkitektur sekuriti Indo-Pasifik sebagai rakan strategik kepada AS dalam sesi latihan militeri serantau. Korea Selatan juga telah menghulurkan $920 million tunai sebagai dana sokongan kepada tentera AS di sana pada tahun 2019.
Peranan strategik ROK menjadi mantap menerusi penjanjian pertahanan Australia dan Korea Selatan yang bernilai $717 million pada 13 Disember 2021.
Perjanjian ini melibatkan firma pertahanan ROK Hanwha membekalkan senjata artileri (artillery weapons), kenderaan pembekalan (supply vehicles) dan radar. Menurut perjanjian ini, Hanwha akan membuat 30 unit Huntsman.
Perkara ini diumumkan dalam lawatan Presiden Moon ke Canberra. Kontrak ini merupakan kontrak pertahanan yang paling besar di antara Australia dan satu negara Asia.
Perjanjian ini mengambil tempat pada ketika China sedang memaksimakan kuasa militerinya. Presiden Xi Jinping mengarahkan tentera China dimodenkan sebelum tahun 2035. Presiden Xi berkata, tentera China akan menjadi “world class military power”, mempunyai kapabiliti berperang dan berupaya memenangi peperangan.
China juga sedang meningkatkan jumlah senjata nuklear, memajukan potensi peluru berpandu hypersonik (hypersonic missiles), dan kecerdasan buatan (artificial intelligence – AI) dalam peperangan, dilihat sebagai ancaman terbesar kepada ketuanan kuasa militeri barat.
China juga dilaporkan boleh menggunakan AI dalam sistem robot militeri, dron, dan kapal tentera tanpa pemandu (unmanned naval vessels).
Sebagai sekutu strategik AS di Indo-Pasifik, peranan ROK menjadi lebih aktif dalam arkitektur sekuriti Indo-Pasifik. Perjanjian pertahanan di antara Australia dan ROK menggalakkan kapasiti ROK dalam pengkomersialan instrument militeri. Ini dapat membantu meningkatkan pertahanan Australia dan menyumbang kepada keteguhan AUKUS.
Firma pertahanan Hanwha Corp akan membina 30 “self-propelled Howitzers” dan 15 “armoured ammunition resupply vehicles” untuk tentera Australia. K9 Howitzers merupakan Howitzers digerakkan sendiri, dibangunkan oleh Hanwha Techwin yang dahulunya dikenali sebagai Samsung Techwin.
Howitzer direka-bina untuk memberikan tembakan efektif di semua teater peperangan sejauh jarak 18km – 40km, bergantung kepada jenis peluru. Ia dibina dengan platfom mobiliti tinggi, boleh menghasilkan tembakan berkadar tinggi pada jarak jauh.
Howitzer juga boleh memulakan tembakan dalm masa 30 saat pada posisi statik dan dalam masa 60 saat dalam posisi bergerak. K9 Howitzer dibina dengan perisai perlindungan keluli kimpalan, dapat melindungi anggota tentera dan kelengkapan dalaman.
Reka bentuk Howitzer ini merangkumi sistem posisi modular azimut (Modular Azimuth Position System – MAPS), sistem kawalan api berautomatik (Automatic Fire Control System – AFCS), pistol tembakan berkuasa dengan ketinggian (powered gun elevation) dan sistem turet yang boleh rentas (turret traverse system).
Sistem suspensi hidro-pneumatik (hydro-pneumatic suspension) memberikan pelepasan tanah tinggi dan mobiliti merentasi rupa bumi yang berlainan.
Tentera Australia telah memilih untuk mendapatkan K9 Howitzers pada tahun 2020 sebagai penyelesaian baik untuk “Program LAND 8116 Protected Mobile Fires”.
Rentetan daripada itu, perjanjian ditandatangani oleh Perdana Menteri Australia Scott Morrison dan Presiden ROK Moon Jae-in di Canberra pada 13 Disember 2021 untuk mengesahkan jualan dan belian K9 Howitzers.
Perjanjian ini sebenarnya menunjukkan pragmatism ROK dalam politik rantau Indo-Pasifik. ROK membekalkan K9 Howitzers kepada Australia, sekutu AUKUS.
Pada masa yang sama ROK yakin dengan penerusan hubungan diplomasi dan perdagangan yang baik dengan China. ROK memerlukan China dalam rangakaian rundingan damai dengan Korea Utara, menunjukkan posisi ROK yang kritikal.
Seoul ingin menjarakkan dirinya daripada ketegangan AUKUS dan memfokuskan perhatian dalam pengkomersialan industri militeri. Walaubagaimanapun hubungan AS-ROK-Australia sentiasa akan membayangi hubungan China-ROK, lebih-lebih lagi dengan perjanjian pertahanan Seoul dengan Canberra.
Comments are closed.