Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Laksana “Borneo War” Di Laut China Selatan Dan Laut Sulu. Show Of Force?

Latihan Borneo War itu telah mempamerkan kehadiran aset-aset TLDM di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu bagi mengekang sebarang cubaan daripada mana-mana pihak asing yang cuba mempertikai kedaulatan negara terhadap perairan itu.

0 3,158

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan latihan Perang Borneo atau lebih dikenali sebagai “Borneo War” pada 20 Disember hingga semalam melibatkan pelbagai aset-asetnya  dalam satu tindakan “show of force” (Peraga Kekuatan) kepada mereka yang cuba mencabar kedaulatan negara.

Latihan Borneo War itu telah mempamerkan kehadiran aset-aset TLDM di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu bagi mengekang sebarang cubaan daripada mana-mana pihak asing yang cuba mempertikai kedaulatan negara terhadap perairan itu.

Latihan Borneo War itu melibatkan aset-aset TLDM yang bernaung di Markas Pemerintahan Armada Timur dan Markas Wilayah Laut 2.

Latihan itu bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan kesiagaan warga anggota TLDM dan aset-aset di Zon Maritim Malaysia Sabah.

Latihan siri ke-10 itu turut menutup tirai latihan/eksesais secara rasmi bagi tahun ini.

Borneo
Kredit TLDM

 

Sebanyak Sembilan buah kapal perang TLDM telah menyertai latihan fasa laut iaitu: KD Selangor, KD Kedah, KD Keris, KD Sundang, KD Badik,  KD Sri Perlis, KD Todak,  KD Paus dan KD Jerong.

Pelbagai siri latihan merangkumi aspek navigasi, peperangan maritim dan komunikasi telah berjaya dilaksanakan sepanjang fasa laut berlangsung.

Manakala anggota-anggota TLDM telah membuktikan kesiapsiagaan dan kecekapan dalam setiap evolusi yang dilaksanakan.

Borneo
Kredit TLDM

Latihan Borneo War itu  juga boleh dikatakan sebagai suatu tindakan “show of force” (memperaga kekuatan) di Laut China Selatan, yang Beijing dakwa sebahagian besar daripada perairan yang penting kepada perdagangan dunia itu adalah miliknya.

Bagi Laut Sulu pula, kehadiran begitu banyak kapal-kapal TLDM di kawasan perairan itu boleh mengekang sebarang perancangan pihak-pihak tertentu yang cuba melakukan sebarang kegiatan jenayah rendah sempadan.

Latihan oleh kapal-kapal TLDM dan asetnya yang lain di Laut China Selatan itu berlangsung ketika China semakin galak menghantar kapal-kapal pengawal pantainya ke dalam perairan milik Malaysia, terutamanya di kawasan-kawasan yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

Beberapa hari lepas, pemerhati mendakwa terdapat tiga buah kapal pengawal pantai China sedang berada di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) terutamanya yang berhampiran dengan kawasan aktiviti minyak dan gas negara.

Borneo
Kredit TLDM

 

Nampaknya kawasan yang menjadi tumpuan kapal-kapal pengawal pantai China ada di sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoal).

Pelaksanaan latihan ini juga secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada komuniti maritim di Pantai Timur Sabah dalam meningkatkan keyakinan terhadap  kemampuan dan komitmen TLDM amnya dan MAWILLA 2 khasnya bagi mengekalkan kestabilan dan keselamatan perairan setempat.

Kejayaan pelaksanaan Latihan PB Siri 2/21 ini membuktikan kemampuan aset-aset Armada TLDM MAWILLA 2 dalam memenuhi keperluan operasi di Kawasan Operasi Maritim (KOM) Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone).

Borneo
Kredit TLDM

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...