Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perancis Setuju Pindah 30 Buah Pesawat Pejuang Mirage 2000-9 Milik UAE kepada Maghribi

Pada mulanya, Paris mahu “mendermakan” pesawat-pesawat Mirage itu untuk membantu Ukraine berhadapan dengan Russia, tetapi UAE pula pesawat itu dipindahkan kepada Maghribi bagi membolehkan negara Afrika itu berhadapan pergolakan serantau terutamanya potensi konflik dengan Algeria.

0 7,486

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Perancis telah bersetuju untuk memindahkan 30 buah pesawat pejuang Mirage 2000-9 milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada Maghribi, untuk membantu negara Afrika Utara itu berhadapan dengan pergolakan serantau terutamanya membabitkan jirannya, Algeria.

Pemindahan pesawat-pesawat pejuang Mirage milik UAE ke Maghribi itu dipersetuju selepas urusan mengenainya tertangguh selepas tiga tahun, selepas Perancis pada awalnya mahu memindahkan pesawat-pesawat Mirage milik UAE itu kepada Ukraine.

Paris mahu “mendermakan” pesawat-pesawat Mirage itu untuk membantu Ukraine berhadapan dengan Russia, tetapi UAE pula pesawat itu dipindahkan kepada Maghribi bagi membolehkan negara Afrika itu berhadapan pergolakan serantau terutamanya potensi konflik dengan Algeria.

UAE yang keseluruhannya memiliki 62 buah pesawat Mirage 2000-9 juga mahu memindahkan lagi sebahagian daripada pesawat-pesawat Mirage miliknya kepada Mesir.

Sebelum ini terdapat juga laporan daripada Jakarta menyatakan bahawa Indonesia berminat untuk memperolehi 12 buah pesawat pejuang Mirage 2000-9 milik UAE itu untuk menampung “capability gap” sebelum ia menerima pesawat pejuang Rafale yang dipesannya daripada Perancis.

Mirage
Pesawat Mirage 2000-9 milik UAE

 

“Emirates (UAE) juga punya Mirage, jenisnya Mirage 2000-9. Ini kami akan segera kirim tim negosiasi. Dan, ini juga kami negosiasi, karena kami harus yakinkan mereka bersedia (pesawat tempurnya) kami akuisisi,” kata Menteri Pertahanan Indonesia (kini President-designate) Prabowo Subinato pada media di Kementerian Pertahanan Jun tahun lepas.

Jakarta juga dilapor mahu memperolehi pesawat-pesawat pejuang Mirage 2000-5 milik Qatar, tetapi membatalkan hasratnya pada awal tahun ini.

Sebarang pemindahan pesawat-pesawat Mirage 2000-9 yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation itu kepada pihak ketiga memerlukan kelulusan daripada negara pengeluar, Perancis.

UAE menamatkan perkhidmatan pesawat-pesawat pejuang Mirage 2000-9 miliknya selepas ia memperolehi 80 buah pesawat pejuang Rafale daripada Perancis pada tahun 2021, dengan sebahagian besar daripada pesawat pejuang itu telah pun diterimanya.

Terdapat ura-ura bahawa UAE mahu menambah perolehan pesawat pejuang Rafale miliknya daripada Perancis.

Mirage

Pesawat-pesawat Mirage 2000-9 milik UAE itu telah dipertingkatkan kemampuannya termasuk daripada segi ia dilengkapi dengan radar lebih moden dan sistem targeting pod yang dibangunkan oleh syarikat Thales.

Peningkatan kemampuan pesawat-pesawat Mirage 2000-9 milik UAE itu akan memastikan mana-mana pihak yang menerima pesawat itu “beruntung” kerana mereka memperolehi pesawat pejuang yang dilengkapi dengan peralatan dan komponen yang moden untuk menjalankan tugas.

Pesawat-pesawat Mirage 2000-9 milik UAE itu boleh beroperasi sehingga pertengahan 2030-an.

Bagi Tentera Udara Maghribi pula, kemasukkan pesawat-pesawat pejuang Mirage 2000-9 milik UAE itu sudah semestinya akan meningkatkan kemampuannya secara serta-merta.

Pada ketika ini, Tentera Udara Maghribi mengoperasikan pesawat-pesawat pejuang Mirage F-1, F-5 dan skuadron F-16C/D.

Maghribi
Pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Maghribi.

 

Bagaimanapun negara Afrika Utara telah pun bersetuju untuk memperolehi sejumlah varian terkini  pesawat pejuang F-16 Block 70 dan menaiktaraf varian terdahulu F-16 miliknya kepada varian Block 70.

Selain itu, Tentera Udara Maghribi telah pun menyatakan hasrat dan minatnya untuk menjadi negara Afrika pertama menjadi pemilik pesawat pejuang generasi kelima, F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Usaha-usaha permodenan Tentera Udara Maghribi adalah untuk bersaing dengan permodenan tentera udara negara jirannya, Algeria yang banyak memperolehi pesawat-pesawat pejuang terkini buatan Russia.

Algeria juga disebut-sebut adalah pasaran eksport pertama bagi pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57. — DSA

Iklan

 

Comments
Loading...