Penyelidik Singapura Temui Kapal Lama Bersama Muatan Berharganya Di Dasar Perairan Pulau Batu Puteh
Ya, Pulau Batu Puteh yang kini menjadi hak Singapura. (Singapura memanggil Pulau Batu Puteh sebagai "Pedra Branca).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penyelam-penyelam dan ahli arkeologi marin Singapura telah berjaya menemui dua buah kapal lama yang dianggarkan berusia berusia ratusan tahun lamanya bersama-sama muatan berharganya di dasar perairan Pulau Batu Puteh, berhampiran perairan Johor.
Ya, Pulau Batu Puteh yang kini menjadi hak Singapura. (Singapura memanggil Pulau Batu Puteh sebagai “Pedra Branca).
Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh itu milik Singapura walaupun pulau itu hanya terletak 7.7 batu nautika daripada Johor berbanding 25 batu nautika daripada Singapura.
Jika Pulau Batu Puteh itu adalah hak kita, maka sudah pasti tinggalan kapal-kapal lama itu itu juga adalah milik kita, dengan syarat kita mampu mengesan kapal itu di dasar lautan.
ICJ menyerahkan Batuan Tengah (Middle Rocks) kepada Malaysia manakala South Ledge (Tubir Selatan) masih dirundingi.

Sebenarnya, penyelam dan ahli arkeologi Singapura menurut akhbar Strait Times Singapore, telah menemui bangkai kapal pertama pada 2016 dan manakala penemuan kapal kedua berlaku pada 2019.
Ok berbalik tentang muatan kedua-buah kapal lama itu — satu daripada kapal itu berusia kurun ke-14 dan satu lagi berusia kurun ke-18 — penyelidik berjaya menemui pelbagai barangan yang bernilai termasuk porselin, seramik dan lain-lain barangan yang bersejarah.
Kebanyakkan barangan bersejarah yang ditemui itu diperbuat pada kurun ke-14 ketika Singapura masih lagi dikenali sebagai Temasik.
Satu daripada kapal lama itu dikenali dengan nama “Shah Munchah” yang karam berhampiran Pulau Batu Puteh itu pada tahun 1796 ketika dalam pelayaran pulang ke India daripada India.
Identiti sebuah lagi kapal berusia kurun ke-14 itu tidak dapat dikenalpasti.
Comments are closed.