Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Dilapor Kerah Kapal Selam Nuklear-nya Untuk “Shadow” USS Ronald Reagan Di Laut China Selatan

Selepas mengerah sebuah kapal friget Type 054A Jiangkai untuk mengekori (shadow) USS Ronald Reagan itu, China kini dilaporkan mengerah sebuah lagi aset perangnya untuk memberi tekanan kepada kapal perang Amerika Syarikat..

0 1,777

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang kita tahu, kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat,USS Ronald Reagan (CVN-76) kini berada di Laut China Selatan dan kehadirannya di perairan strategik itu tidak disenangi oleh China.

Selepas mengerah sebuah kapal friget Type 054A Jiangkai untuk mengekori (shadow) USS Ronald Reagan itu, China kini dilaporkan mengerah sebuah lagi aset perangnya untuk memberi tekanan kepada kapal perang Amerika Syarikat..

Menurut laporan oleh @OSINT-1, Beijing kini mengerahkan kapal selam Type 093 kelas-Shang SSN berkuasa nuklear untuk “mengintip” pergerakan USS Ronald Reagan di Laut China Selatan daripada bawah permukaan air pula.

Imej satelit menunjukkan kapal selam China itu telah meninggalkan pangkalannya di Pulau Hainan menuju ke arah utara dipercayai untuk menjejaki kedudukan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu.

Kapal selam Type 093 kelas-Shang ini dikatakan amat senyap dan sukar dikesan oleh musuh.

kredit @OSINT_1

 

Ia merupakan kapal selam penyerang paling moden China, yang memiliki berat 7,000 tan, 110 meter panjang dan membawa sehingga 22 buah torpedo selain peluru berpandu anti-kapal YJ-82 dan periuk api.

Pulau Hainan menempatkan Pangkalan Laut Yulin, yang merupakan pangkalan utama tentera laut China di bahagian selatan negara itu yang turut menempatkan kapal pengangkut pesawatnya serta kubu-kubu bawah tanah untuk menempatkan armada kapal selamnya.

Sementara itu, kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu, USS Ronald Reagan hadir di Laut China Selatan bersama-sama kapal-kapal pengiringnya iaitu kapal cruiser, USS Shiloh (CG-67) dan kapal destroyer USS Halsey (DDG-97).

Imej satelit menunjukkan bagaimana kapal friget Type 054A Jiangkai China sedang mengekori USS Ronald Reagan di Laut China Selatan. (kredit @OSINT_1

 

Selain itu Carrier Air Wing 5 yang dilengkapkan dengan puluhan pesawat pejuang dan helikopter turut sama memberikan bantuan udara.

Admin menjangkakan dalam masa beberapa hari ini, USS Ronald Reagan di Laut China Selatan akan turut disertai oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya seperti daripada Jepun dan Australia.

Jika itu berlaku, maka suhu di Laut China Selatan akan meningkat.

Imej satelit menunjukkan kapal selam Type 093 kelas Shang sedang memasuki kubu bawah tanah di Pangkalan Laut Yulin di Pulau Hainan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...