Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penjelasan Tentang Kemungkinan Sebab Kehadiran Pesawat “Test-Bed” Israel Di Singapura

Bagaimanapun ada seorang netizen dengan nama FB-nya “Jeyaganesh Gopalsamy” telah memberikan pandangan yang mungkin boleh merungkai sebab disebalik kehadiran pesawat uji kaji itu di pulau terbabit.

3,516

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Banyak netizen telah memberikan pandangan tentang kehadiran pesawat pesawat “test-bed” Boeing 737-400 milik Israel Aerospace IndustriesElta Electronic Industries (IAI-Elta) yang dikesan mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar di Singapura beberapa hari lepas.

Bagaimanapun ada seorang netizen dengan nama FB-nya “Jeyaganesh Gopalsamy” telah memberikan pandangan yang mungkin boleh merungkai sebab disebalik kehadiran pesawat uji kaji itu di pulau terbabit.

Pandangan beliau yang dikupas menggunakan Bahasa Inggeris amat menarik dan perlu dikongsi bersama.

Saudara Jeyaganesh mengatakan kehadiran pesawat test-bed Boeing 737-400 milik IAI-Elta dengan nombor 4X-AOO  di Singapura mungkin untuk melakukan kerja-kerja kalibrasi dan menaik-taraf empat buah pesawat Conformal Airborne Early Warning (CAEW) Gulfstream G550 yang dimiliki oleh Tentera Udara republik itu sejak 2008

Menurut beliau lagi, sebarang pesawat amaran awal memerlukan kerja-kerja kalibrasi dan ujian untuk menajamkan lagi kemampuannya.

Dengan sistem radar AESA dual-phased array radar ELTA 2085 (dipanggil Nahshon Eitam) yang digunakan oleh pesawat G550 itu telah pun berusia lebih 10 tahun, maka kemungkinan besar ia memerlukan penambahbaikan/menaik-taraf daripada syarikat pembuat (Original Equipment Maker-OEM).

Elta Electronics ini memang firma yang amat disegani dalam aspek radar dan electronics dan sudah pasti memiliki ramai pengguna di seluruh dunia termasuk negara jiran kita, Singapura.

Saudara Jeyagenesh juga mengatakan bahawa pesawat Boeing 737-400 milik IAI-Elta Electronics itu hanya “mengelilingi”  lokasi di dalam Singapura yang berdekatan dengan pangkalan udara dimana keempat-empat pesawat Gulfstream G550 CAEW itu beroperasi.

G550
Pesawat amaran awal (AEW) Gulfstream G550 Tentera Udara Singapura

 

(Salah sebuah pesawat Gulfstream G550 CAEW Tentera Udara Singapura itu dilaporkan telah berlepas ke Guam beberapa hari lalu bersama beberapa F-15SG dan F-16 untuk menjalani latihan selama dua bulan bersama Tentera Amerika Syarikat).

Keempat-empat G550 itu beroperasi di Tengah Air Base dibawah Skuadron 111 atau digelar “Jaeger.”

Banyak lagi komen yang diberikan oleh beliau tentang kemungkinan pesawat test-bed Boeing milik IAI-Elta ini memasuki ruang udara Malaysia (dalam perjalanannya ke Singapura) dan pelbagai lagi, sesiapa yang nak baca bolehkah pergi ke laman FB beliau untuk membacanya.

Ok,terima kasih semua. Selamat Malam

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.