Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penghantaran “ANKA” MALE UAS ke Malaysia Ikut Jadual – Timbalan Menteri Pertahanan Turkiye

Malaysia menjadi negara pertama di rantau ini menggunakan dron "ANKA" MALE UAS yang telah teruji dalam pertempuran, apabila Kementerian Pertahanan dan TAI menandatangani kontrak untuk memperoleh platform MALE UAS dan peralatan sokongan pada Mei tahun lalu semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2023).

7,288

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) “ANKA” daripada Turkish Aerospace Industries (TAI) yang dimeterai tahun lalu, berjalan lancar dan dijadualkan untuk penghantaran dalam tempoh ditetapkan.

Bercakap kepada BERNAMA, Timbalan Menteri Pertahanan Turkiye, Dr Celal Sami Tüfekçi, berkata tidak akan ada kelewatan pada tarikh penghantaran ANKA MALE UAS ke Malaysia yang akan dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Saya tidak tahu tarikh yang tepat (untuk penghantaran), tetapi ia akan dihantar. Kini, dalam proses (pemasangan) beberapa keperluan khas dari Malaysia dan latihan untuk petugas (dari Malaysia),” katanya dalam temu bual yang diadakan di luar acara pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.

Sebelum ini, laporan berita menyatakan bahawa Malaysia dijangka mula menerima “ANKA” MALE UAS bermula tahun depan.

Malaysia menjadi negara pertama di rantau ini menggunakan dron “ANKA” MALE UAS yang telah teruji dalam pertempuran, apabila Kementerian Pertahanan dan TAI menandatangani kontrak untuk memperoleh platform MALE UAS dan peralatan sokongan pada Mei tahun lalu semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2023).

Dron

Kementerian Pertahanan mengiklankan tender antarabangsa untuk mendapatkan tiga MALE UAS berserta sistem berkaitan seperti stesen bumi dan peralatan lain, pada Ogos 2020.

Tiga lagi sistem MALE UAS akan diperoleh pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).

Malaysia dilaporkan bakal menempatkan dron buatan Turkiye itu di pangkalan udara strategik di Labuan untuk memantau sebarang pencerobohan ke perairan negara di Laut China Selatan.

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menekankan kepentingan melengkapi negara dengan keupayaan pengawasan menyeluruh dan keperluan mempunyai “mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar” segala yang berlaku dalam perairan negara, khususnya di Laut China Selatan.

“Tiga buah dron MALE yang kita perolehi itu akan dikerah ke Laut China Selatan. Kita mesti mempunyai kemampuan mata dan telinga. Mata kita mesti mempunyai kemampuan untuk memandang jauh 350km daripada pantai, “ kata beliau.

Menurutnya, negara mesti mengetahui apa sahaja  di Laut China Selatan sebelum ia berlaku.

Anka
“Anka-S”

 

“Di situ (Laut China Selatan) kepentingan negara adalah amat tinggi sekali, kepentinganya melebih  20 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita.  Ada di sana (Laut China Selatan) adalah telaga minyak dan telaga gas milik kita,” kata ketika menjawap soalan di Dewan Negara pada April tahun lepas.

Kata beliau, Laut China Selatan itu adalah kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.

Malaysia dipercayai memilih varian “Anka-S” yang berupaya terbang selama 24 hingga 30 jam tanpa henti, pada ketinggian 30,000 kaki dan membawa muatan antara 250 hingga 350 kilogram.

Struktur komposit pesawat tanpa pemandu Anka-S itu mengintegrasikan komputer kawalan penerbangan otonomi yang dibangunkan oleh syarikat Turki sendiri bagi membolehkan UAS itu melaksanakan penerbangan menggunakan navigasi waypoint dan kawalan penerbangan.

Sistem kawalan penerbangan otonomi itu membolehkan dron Anka-S itu “pulang” ke lokasi sebagaimana telah ditetapkan terlebih dahulu, sekiranya ia berhadapan dengan kehilangan komunikasi dengan stesen kawalan daratnya.

Radar Synthetic Aperture (SAR), Inverse SAR (ISAR) dan radar Ground Moving Target Indicator (GMTI) yang dibawa oleh Anka-S itu digunakan untuk mengesan, mengenalpasti  dan menjejak sasaran statik atau bergerak di daratan.

Anka-S menggunakan enjin turboprop PD170 yang dibangunkan secara dalam negara oleh Turkish Engine Industries (TEI) dibawah kontrak dengan TAI pada 2014.

Turkiye
Timbalan Menteri Pertahanan Turkiye, Dr Celal Sami Tüfekçi,

 

Enijn pesawat tanpa pemandu itu menggunakan minyak diesel dan JP-8 jet fuel yang memberikan kuasa maksimum sebanyak 150 kuasa kuda.

Selain melaksanakan tugas risikan, pengawasan dan tinjauan (ISR), dron Anka-S yang diperoleh Malaysia juga mempunyai kemampuan membawa empat peluru berpandu MAM Smart Micro yang dibangunkan oleh satu lagi syarikat pertahanan Turkiye, Roketsan untuk misi serangan darat.

Peluru berpandu MAM juga terdapat dalam beberapa varian iaitu MAM-L (thermobaric), MAM-C (high explosive) dan MAM-T (serangan jarak jauh).

Dron Anka-S juga dilengkapi dengan kamera elektro-optik/inframerah (EO/IR) untuk mengambil imej dan video beresolusi tinggi dalam semua keadaan cuaca, sistem Identification Friend or Foe (IFF), penunjuk sasaran laser dan pengesan jarak laser.

Ia turut dilengkapi dengan antena komunikasi satelit udara ViaSat VR-18C yang berkuasa tinggi, menyediakan komunikasi selamat melepasi garisan penglihatan. — DSA

Comments are closed.