(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Filipina Rafael Alunan Third mahukan negara jiran Malaysia itu memperkuatkan angkatan tenteranya ke tahap yang paling optimal supaya ia boleh memainkan beberapa peranan.
Peranan angkatan tentera Filipina yang sudah kuat itu katanya, bukan hanya untuk mempertahankan kedaulatan negara Asia Tenggara itu tetapi ada peranan lain yang perlu dimainkannya.
Usaha memperkuatkan angkatan tentera Filipina itu katanya, adalah suatu “kemestian” untuk “memujuk” Malaysia supaya bersetuju untuk mengadakan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian yang adil dan muktamad berkenaan isu Sabah.
Itu adalah salah satu daripada peranan untuk angkatan tentera Filipina selepas ia diperkuatkan, menurut Alunan yang disifatkan seorang politico-military strategist oleh kolumnis akhbar Manila Times, Lito Monico C.Lorezana dalam tulisannya hari ini.
Ya, itulah cita-cita sebenar Filipina disebalik usaha bersungguh-sungguhnya di dalam memajukan angkatan tenteranya kebelakangan ini.
Ia tetap mahukan Sabah atau dipanggilnya “North Borneo.”
Walaupun ia hanyalah kenyataan oleh seorang kolumnis, tetapi admin percaya apa yang ditulisnya itu memang berada di sebalik pemikiran oleh pemimpin-pemimpin politik dan tentera Filipina.
Filipina membelanjakan berbillion-bilion dolar Amerika akhir-akhir ini membeli pelbagai jenis sistem persenjataan bukan hanya untuk mempertahankan sempadanya, tetapi juga untuk “merampas” kembali wilayah yang mereka “hilang” sebelum ini.
Wilayah-wilayah yang “hilang” daripada pemilikan Filipina termasuklah Scarborough Shoal di West Philippine Sea yang dirampas oleh China serta Sabah.
Terbaru, Filipina dikatakan mahu melengkapkan tentera lautnya dengan kapal selam.
Tentera Daratnya pula telah dipertajamkan skil peperangan mereka menerusi bantuan penasihat-penasihat tentera Israel, selain melengkapkan diri dengan pelbagai persenjataan buatan negara Yahudi itu.
Alunan sebagaimana diperkatakan oleh kolumnis akhbar Manila Times itu, kedudukan pertahanan Filipina yang baru adalah kredibel untuk memujuk Malaysia untuk tampil ke meja rundingan bagi mencari penyelesaian yang adil dan muktamad terhadap isu Sabah.
“Keperluan untuk memajukan angkatan tentera Filipina bukan untuk berlagak samseng, tetapi kita perlu untuk mempertahankan kepentingan kebangsaan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi serta pembangunan lestari (Filipina).”
“Kita (Filipina) menghulurkan tangan persahabatan tetapi kita akan mempertahankan kepentingan kita,” kata Alunan yang pernah menjadi setiausaha kabinet kepada dua presiden Filipina.
Menurut kolumnis itu, angkatan tentera Malaysian yang dahulunya lemah berbanding Filipina pada zaman Presiden Marcos kini adalah jauh lebih kuat dan moden.
Keadaan itu menyebabkan Filipina kehilangan peluang untuk mengambil balik Sabah, kata Lorezana.
Sebab itulah admin meminta pihak berwajib di negara ini supaya memerhati dengan penuh wasangka pembangunan dan permodenan angkatan tentera Filipina akhir-akhirnya kerana ia sebenarnya mempunyai agenda sulit.
Ia mahukan angkatan tentera kembali kuat supaya ia dapat menguasai Sabah kembali.
Apa yang sepatutnya kita buat adalah, apabila Filipina berbelanja untuk memodenkan tenteranya, kita perlu berbuat perkara yang sama atau lebih.
Malaysia perlu mengekalkan kelebihan ketenteraan yang dimilikinya berbanding Filipina.
“We must maintain our competitive edge. Don’t let the Philippine erase our competitive edge”. Jika itu berlaku, kita akan berhadapan dengan masalah.
Jangan beri peluang kepada Filipina untuk mengejar kita, kerana jika kekuatan ketenteraan kita dan dia adalah sama, laungan untuk “merampas” kembali Sabah akan menjadi lebih kuat, malah pada ketika itu mereka mungkin sudah berani untuk merencanakan sesuatu yang “sinister.”
Comments are closed.