Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Mahu Beli Kapal Selam “Scorpene”. Cubaan Saingi M’sia?

0 1,085

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kita masih belum move on daripada negara jiran kita iaitu Filipina yang nampaknya kebelakangan ini amat “berselera” dalam membangunkan dan memodenkan angkatan tenteranya.

Terbaru, Filipina dikatakan bakal berbelanja besar untuk memiliki dua buah kapal selam untuk tentera lautnya.

Ini semuanya untuk membolehkan tentera lautnya yang sekian lama dipinggirkan oleh birokratik, untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan di Laut China Selatan.

Cuma admin harap Filipina tidak gunakan kapal selam yang bakal dimilikinya itu (tak tahu bila) untuk cuba melancar misi rahsia di sekitar perairan Sabah, maklumlah Duterte pasang cita-cita hendak ambil balik Negeri Di Bawah Bayu itu.

Filipina
Kapal selam Scorpene menjadi pilihan Filipina? (sumber internet)

Ok berbalik pada minat Filipina terhadap kapal selam, pada hari pertama pameran Euronaval 2020, ketua pegawai eksekutif syarikat Naval Group, Pierre Eric Pommellet telah bercakap kepada pemberita.

Dan pada meet-the-press session itu, beliau telah memaklumkan bahawa syarikat pertahanan Perancis itu sedang mengadakan rundingan yang rancak dengan Filipina.

“Rundingan yang rancak” dengan negara jiran kita ini (Filipina) kata Pierre, melibatkan penjualan kapal selam kepada Filipina.

Subs
Peralatan di dalam kapal selam Scorpene. (sumber internet)

“Filipina sememangnya sedang mencari kapal selam untuk meningkat kemampuan tentera lautnya dan mewujudkan skuadron kapal selam. Ketika krisis COVID-19, kita terus berhubungan dengan Filipina.”

“Kita akan lihat di dalam beberapa minggu akan datang ini, sama ada projek ini akan bergerak ke depan,” kata beliau.

Sebenarnya, minat Filipina terhadap kapal selam sudah lama tetapi dahulu ia tidak berkemampuan untuk memilikinya.

Tetapi itu adalah dulu, kini negara itu yang pernah digelar “Sick Man of Asia” sedang berbelanja besar untuk meningkatkan kemampuan angkatan tenteranya.

Tentera Laut Filipina berminat untuk mendapatkan dua buah kapal selam Scorpene, sebagaimana yang digunakan oleh TLDM.

scorpene
Malaysia memiliki dua buah kapal selam “Scorpene”. (sumber internet)

Ya, Filipina mahu memiliki Scorpene seperti apa yang kita gunakan.

Bagaimanapun, terdapat juga maklumat mengatakan bahawa syarikat-syarikat Russia dan Russia juga menunjukkan minat untuk membekalkan tentera laut Filipina dengan kapal-kapal selam buatan mereka.

Di rantau ini, Vietnam menggunakan enam buah kapal selam jenis “Kilo” buatan Russia manakala Indonesia pula menggunakan kapal selam buatan syarikat Korea Selatan.

Nampakya, Filipina dengan pelbagai pembelian senjata sejak beberapa tahun kebelakangan ini bakal muncul sebagai kuasa tentera terbaru di Asia Tenggara pada masa depan.

Kita pun jangan pandang rendah dengan Filipina, dulu bolehlah. Sekarang dan tahun-tahun mendatang ini, Filipina dah boleh sengat kita balik.

Salam hari Jumaat.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...