Peluru Berpandu Balistik Anti-Kapal Houthi Hanya Tersasar 200 Meter Dari USS Dwight D.Eisenhower
"Menurut maklumat, peluru berpandu ballistik anti-kapal itu yang dilancar oleh pejuang Houthi itu gagal dipintas dan meledak hanya kira-kira 200 meter daripada kapal pengangkut pesawat, USS Dwight D. Eisenhower."
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah penerbitan Akademi Tentera Amerika Syarikat mendakwa bahawa tembakan peluru berpandu ballistik anti-kapal (Anti-Ship Ballistic Missile – ASBM) dilancar oleh pejuang Houthi hampir mengenai kapal pengangkut pesawat USS Dwight D.Eisenhower.
Dalam artikel yang disiarkan dalam CTC Sentinel, penerbitan bulanan oleh Combating Terrorism Centre di Akademi Tentera Amerika Syarikat menyatakan bahawa pejuang berjaya mencapai kejayaan membanggakan dalam penggunaan peluru berpandu ballistik anti-kapal itu.
“Menurut maklumat, peluru berpandu ballistik anti-kapal itu yang dilancar oleh pejuang Houthi itu gagal dipintas dan meledak hanya kira-kira 200 meter daripada kapal pengangkut pesawat, USS Dwight D. Eisenhower,” menurut artikel itu.
Menurut penulis artikel itu, maklumat tersebut diperolehi daripada pegawai-pegawai perisikan British dan Amerika Syarikat.
Pada Mei lalu, pejuang Houthi mendakwa mereka telah melancarkan peluru berpandu ballistik anti-kapal terhadap kapal pengangkut pesawat USS Dwight D.Eisenhower yang sedang belayar di Laut Merah pada ketika itu.

Comments are closed.