Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pegawai Kanan Tentera Udara Amerika Tinjau Pesawat CN235-220M MSA, Radar Jarak Jauh TUDM

Baru-baru ini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima lawatan kerja daripada Komander Washington Air National Guard, Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) Brigadier General Gent Welsh.

0 10,948

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Baru-baru ini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima lawatan kerja daripada Komander Washington Air National Guard, Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) Brigadier General Gent Welsh.

Kehadiran beliau di Malaysia telah dimaklumkan menerusi kenyataan media-media sosial TUDM dan juga Commander, Washington Air National Guard, yang turut menyertakan beberapa keping gambar ketika lawatan beliau itu.

Antara lokasi-lokasi yang dilawati oleh pegawai kanan USAF itu adalah Pangkalan Udara Kuching dan Pangkalan Udara Labuan.

“Lawatan ke Pangkalan Udara Labuan dan Kuching benar-benar memperlihatkan keberkesanan program Foreign Military Sales (FMS) kami terhadap kemampuan TUDM dalam memastikan kesiapsiagaan domain udara dan maritim di bahagian dunia yang amat strategik dan menjadi rebutan,” menurut kenyataan dalam akaun FB “Commander, Washington Air National Guard.”

Di Pangkalan Udara Kuching, Brig Gen Gent Walsh telah melawat No 1 Skuadron untuk meninjau pengoperasian pesawat CN235-220M yang telah dinaiktaraf sebagai Maritime Surveillance Aircraft (MSA) di bawah Program Maritime Security Initiative (MSI).

TUDM
Kredit TUDM/Washington Air National Guard.

 

Sememangya pengoperasian pesawat CN235-220M milik TUDM yang dinaiktaraf ke varian MSA itu menarik perhatian beliau kerana program MSI itu adalah dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Program MSI itu bertujuan membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan keselamatan dan pemantauan domain maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.

Syarikat P.T Dirgantara Indonesia (PTDI) adalah kontraktor utama program pengubahsuaian tiga buah pesawat CN235 TUDM itu kepada varian MSA.

PTDI telah bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc (ISD) yang berpengkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam membekalkan dan mengintegrasikan Mission Management Systems (MMS) untuk ketiga-tiga unit pesawat CN235-220 yang dimiliki oleh TUDM itu.

Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).

TUDM
Kredit TUDM/Washington Air National Guard.

 

Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat”  dilengkapi dengan Search Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.

Pelaksanaan program naik taraf pesawat CN-235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).

 Selain berada di Pangkalan Udara Kuching, Brig Jen Gent Walsh turut melawat Pangkalan Udara Labuan untuk melihat dengan lebih dekat satu lagi program tajaan kerajaan Amerika Syarikat bertujuan meningkatkan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usahanya memantau dan meninjau Laut China Selatan.

Pada 2021, Defence Security Asia telah melaporkan bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memberikan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat, Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar pertahanan udara jarak jauh kepada Malaysia.

TUDM
Kredit TUDM/Washington Air National Guard.
TUDM
Kredit TUDM/Washington Air National Guard.

 

Kos untuk membekalkan radar jarak jauh untuk kerajaan Malaysia itu dibiayai menerusi peruntukan program “Building Partner Capacity Funds” kerajaan Amerika Syarikat.

Radar jarak jauh AN/TPS-77 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin itu telah pun memulakan operasi di Labuan pada Disember tahun lepas, untuk menggantikan radar buatan syarikat Alenia yang telah pun ditamatkan perkhidmatannya tidak lagi mencapai Full Mission Capability (FMC) secara optimum.

Radar itu dioperasikan oleh Skuadron 340 TUDM.

Pada Ogos tahun lepas,  Komander United States Pacific Air Forces (US PACAF) Jeneral Ken Wilsbach telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia dan beliau turut melawat tapak lokasi radar AN/TPS-77 yang terletak di Skuadron 340 Bukit Kubong di Labuan.

Coverage bagi radar AN/TPS-77  ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah sebuah radar bergerak (mobile radar) yang mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi. — DSA

Iklan

Comments
Loading...