Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pasukan Pengaman Malaysia di Lubnan Mula Guna Kenderaan Perisai PANTHERA 4×4

Kementerian Pertahanan memperolehi 20 buah kenderaan perisai “PANTHERA 4x4” bernilai RM190 juta daripada syarikat Nurol Makina daripada Turkiye untuk menggantikan kenderaan perisai CONDOR yang digunakan oleh pasukan pengaman Malaysia di Lubnan sejak sekian lama.

0 6,095

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Anggota pengaman Malaysia yang bertugas dengan dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan telah mula menggunakan  kenderaan perisai “PANTHERA 4×4” (Ejder Yalchin).

Markas Angkatan Bersama dalam kenyataan menerusi akaun FB ini menyatakan bahawa pasukan pengaman negara (MALBATT 850-11) telah menerima 20 buah kenderaan perisai itu.

Ia turut menyertakan gambar-gambar kenderaan perisai yang digunakan oleh anggota pengaman Malaysia itu.

“MALBATT telah memperolehi sebanyak 20 buah KP 4×4 PANTHERA bagi menggantikan KP 4×4 RPZ Condor yang sudah lama dan uzur secara berperingkat.”

“Penerimaan KP 4×4 PANTHERA ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi MALBATT dalam melaksanakan misi pengaman di Lubnan.”

PANTHERA
(Kredit Markas Angkatan Bersama)

 

Kenyataan media sosial itu dikeluarkan bersempena lawatan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (KS MK AB) Mejar Jeneral Dato’ Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman dan delegasi ke Kem Marakah, Lubnan.

Beliau turut diberikan taklimat tentang Final Acceptance Test kenderaan perisai PANTHERA 4×4 serta kursus penyesuaian yang dilaksanakan terhadap anggota pengaman Malaysia itu.

Dalam satu kenyataan di Parlimen bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa anggota pengaman negara yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan akan mula menggunakan kenderaan perisai “PANTHERA 4×4” (Ejder Yalchin) pada April ini.

Beliau berkata, anggota Malaysian Batallion (MALBATT) akan menggunakan kenderaan perisai buatan Turkiye itu selepas Ujian Penerimaan Terakhir selesai pada Mac.

PANTHERA
(Kredit Markas Angkatan Bersama)

 

“Kenderaan perisai PANTHERA dijangka akan mula beroperasi pada bulan April 2024 selepas proses Ujian Penerimaan Terakhir selesai pada awal bulan Mac 2024 nanti,” kata beliau dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat itu.

Kementerian Pertahanan memperolehi 20 buah kenderaan perisai “PANTHER” bernilai RM190 juta daripada Turkiye untuk menggantikan kenderaan perisai CONDOR.

Kenderaan perisai “Panther” buatan syarikat dari Turkiye, Nurol Makina itu mula diperkenalkan di Malaysia pada 2018 dan telah menjalani pelbagai ujian di Malaysia tidak lama dahulu, bersama-sama beberapa pesaingnya.

Pada pameran DSA 2022, syarikat Nurol Makina dan NADI Corp telah menandatangani “final configuration review acceptance” bagi kenderaan Ejder Yalchin (Panthera) itu.

PANTHERA memiliki berat di antara 12 tan hingga 14 tan dan mampu pelbagai muatan seberat 4 tan.

PANTHERA
(Kredit Markas Angkatan Bersama)
PANTHERA
(Kredit Markas Angkatan Bersama)

 

Kenderaan perisai ini mampu memecut sehingga 110 km/jam dengan radius operasi sejauh 600km menggunakan enjin 300 kuasa kuda.

“Panthera” berkemampuan membawa sehingga 11 orang anggota tentera lengkap bersenjata.

Kenderaan perisai itu juga boleh dilengkapi dengan persenjataan mesingan berat dan Automatic Grenade Launcher. — DSA

Comments
Loading...