Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Meriam 105mm “Pack Howitzer” Terus Jadi Tulang Belakang Artileri Tentera Darat

Meriam 105mm Pack Howitzer buatan syarikat Oto Melara daripada Itali ini telah terlibat dengan pelbagai peperangan dan konflik daripada Perang Falklands, Perang Vietnam, Konfrontasi Malaysia-Indonesia sehinggalah kepada usaha memerangi pengganas Komunis oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

0 3,430

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun 18 buah meriam 105mm LG1 MKIII kini digunakan oleh Rejimen Pertama Artileri Diraja Para (1 RAD Para) tetapi sebenarnya tulang belakang kepada unit-unit artilleri tentera darat negara sejak puluhan tahun dahulu, tetap meriam Oto Melara Model 56 (Mod 56) 105mm.

Dibangunkan oleh syarikat Oto Melara daripada Itali, meriam itu yang juga dikenali dengan panggilan “Pack Howitzer” itu mula memasuki produksi pada 1957 dan sehingga kini lebih daripada 30 buah negara terus menggunakan meriam itu.

Meriam Pack Howitzer buatan Itali ini ini telah terlibat dengan pelbagai peperangan dan konflik daripada Perang Falklands, Perang Vietnam, Konfrontasi Malaysia-Indonesia sehinggalah kepada usaha memerangi pengganas Komunis oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pack Howitzer

Walaupun usianya kini mencapai 65 tahun, ia tetap menjadi aset penting kepada unit-unit artilleri  Tentera Darat Malaysia, dengan lebih daripada 100 unit meriam Pack Howitzer Mod 56 ini masih lagi digunakan oleh anggota tentera kita.

Admin pasti anggota tentera kita adalah amat, amat mahir dalam mengendalikan Pack Howitzer ini kerana kemungkinan besar adalah– ia adalah sistem meriam 105mm yang mereka kendalikan sejak “mula bertugas sehinggalah ke hari pencen mereka.”

Pengetahuan mereka tentang selok-belok pengendalian meriam Pack Howitzer itu bolehlah diibaratkan seperti “mengetahui tentang belakang tangan mereka sendiri” iaitu segala belok tentang sistem itu mereka amat mahir mengenainya.

Direka oleh seorang pegawai kanan tentera Itali, Jeneral Salvatore Fuscaldi pada tahun 1956, meriam Pack Howitzer dibangunkan untuk memenuhi keperluan briged tentera negara itu yang dikenali dengan nama “Alpini.”

Pack Howitzer

Sepertimana namanya, briged ini beroperasi di kawasan bergunung-ganang di kawasan pergunungan Alpines.

Mereka mahukan sistem artilleri yang ringan, fleksibel, kompak yang boleh digunakan dengan mudah di kawasan pergunungan dan bukit-bukau yang sukar.

Meriam Pack Howitzer Mod. 56 yang hanya seberat kira-kira 1,200kg boleh ditanggalkan kepada 12 bahagian dan diangkut oleh haiwan seperti keldai, kuda atau unta dan ciri-ciri ini yang membuatkan meriam ini sangat ideal untuk digunakan di kawasan-kawasan yang tidak memiliki jalanraya.

Pack Howitzer
Anggota Para Tentera Darat mengendalikan meriam 105mm LG1 MKIII yang dibangunkan oleh firma Nexter daripada Perancis.

 

Krew meriam ini boleh menanggalkan komponen-komponennya dan memasangnya semula di dalam tempoh masa 3-4 minit sahaja.

Jarak maksima bedilan meriam Pack Howitzer sebagaimana yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia ini adalah kira-kira 10.5km dan ia juga boleh digunakan sebagai senjata anti-kereta kebal dan umpama sistem mortar.

Disebabkan populariti meriam Pack Howitzer dengan angkatan-angkatan tentera di seluruh dunia dan keberkesanannya di medan peperangan,  syarikat pertahanan China iaitu NORINCO turut bertindak menciplaknya dan membangunkan sistem meriam yang hampir sama. —  DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...