Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] “Akinci” Muncul Dron Pertama Dunia Lancar Peluru Berpandu Kruis

UCAV (Unmanned Combat Aerial Vehicle) High-Altitude Long Endurance (HALE) “Akinci” telah dibangunkan oleh syarikat pembuat dron terkenal Turkiye, Baykar Technology,manakala peluru berpandu kruis “Cakir” menggunakan enjin turbojet buatan tempatan, KALE KTJ-1750, berkemampuan membedil sasaran sejauh 150km dan lebih.

0 1,974

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Industri pertahanan Turkiye mencipta sejarah apabila dron UCAV  “Akinci” berjaya muncul sebagai dron pertama di dunia yang berjaya melancarkan peluru berpandu kruis “Cakir”  dibangunkan oleh firma pertahanan negara itu, ROKETSAN.

Peluru berpandu kruis itu berjaya dilancarkan daripada ketinggian 7,000 kaki oleh dron terbabit terhadap sasaran yang terletak kira-kira 150km jauhnya.

Dalam ujian terbabit, peluru berpandu kruis itu berjaya membedil sasarannya dengan tepat.

@defencesecurityasia

Homepage

♬ original sound – Defence Security Asia – Defence Security Asia

UCAV (Unmanned Combat Aerial Vehicle) High-Altitude Long Endurance (HALE) “Akinci” telah dibangunkan oleh syarikat pembuat dron terkenal Turkiye, Baykar Technology yang juga bertanggungjawab membangunkan dron-dron lain seperti Bayraktar TB2 dan Kizilelma.

Peluru berpandu kruis “Cakir” itu yang menggunakan enjin turbojet buatan tempatan, KALE KTJ-1750, berkemampuan membedil sasaran sejauh 150km dan lebih.

“Kesemua komponen-komponen kritikal “Cakir” yang dilancarkan oleh dron Akinci,telah diperbuat dalam negara dan peluru berpandu itu membedil sasaran dengan ketepatan yang tinggi,” menurut kenyataan oleh pengerusi Presidensi Industri Pertahanan Turkiye Ismail Demir menerusi akaun media sosialnya.  

Syarikat ROKETSAN membangunkan “Cakir” untuk kegunaan kesemua cabang angkatan tentera Turkiye, dengan platform pertama dijangka mula mengoperasikan peluru berpandu kruis itu pada tahun ini juga.

Antara sasaran-sasaran yang boleh dibedil oleh “Cakir” termasuklah sasaran darat yang terletak di pesisir pantai, sasaran strategik darat dan pelbagai sasaran lain termasuk yang berada di dalam gua.

Cakir

Selain platform udara, peluru berpandu kruis keluaran syarikat ROKETSAN dengan kelajuan kruis 0.7 hingga 0.8 Mach itu juga boleh dilancarkan daripada kesemua platform, terutamanya kapal-kapal.

Berat keseluruhan peluru berpandu itu adalah kira-kira 275kg dengan peledaknya yang boleh terdiri daripada beberapa jenis seperti fragmentation, thermobaric dan armor-piercing seberat 70kg.

Selain berkemampuan melancarkan peluru berpandu kruis “Cakir”, dron UCAV “Akinci” juga boleh membawa dan melancarkan sebuah lagi peluru berpandu kruis “Kemankes” yang dibangunkan sendiri oleh Baykar Technology.

Peluru berpandu kruis pintar seberat 30kg yang dilengkapi dengan kemampuan Artificial Intelligence (AI) itu berkemampuan terbang selaju 0.7 Mach dan membedil sasaran lebih daripada 200km jauhnya.

Kemankes
Peluru berpandu kruis pintar “Kemankes”

 

 

Peluru berpandu kruis pintar itu yang dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat Baykar tanpa sebarang bantuan atau kerjasama teknologi daripada negara luar.

“Daripada enjinnya kepada sistem kamera yang distabilkan kepada perisian Artificial Intelligence dan rekabentuk sistem itu (Kemankes) adalah hasil usaha dalam negara dan asli,” menurut syarikat Turkiye itu. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...