Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para) Inaugurasi Meriam 105mm LG1 MKIII

Mempunyai jarak penembakan maksimum sejauh 17 kilometer, meriam LG1 MK111 keluaran syarikat pertahanan Perancis ini boleh dibawa dengan kenderaan penunda, helikopter atau digugurkan dengan payung terjun dari pesawat pengangkut.

0 7,596

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tapak G20 Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas semalam menjadi saksi berlangsungnya latihan tembakan inaugurasi Meriam 105mm LG1 MK III menandakan pengoperasian Rejimen Pertama Artileri Diraja Para (1 RAD Para). 

Latihan tembakan tersebut yang disaksi dan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain

1 RAD Para, yang ditubuhkan pada 15 Ogos 1957 di Kem Kajang, Selangor, telah melalui pelbagai evolusi dan penstrukturan pasukan, termasuklah perubahan kepada kelengkapan persenjataan yang dimiliki pasukan ini.

Semenjak penubuhannya, pasukan ini telah dilengkapkan dengan tiga varian sistem persenjataan iaitu Meriam 25 Pounder, Meriam 105 mm Pack Howitzer dan yang terkini meriam 105 mm LG1 MK III yang dibekalkan pada bulan Oktober 2020.

 

Tentera Darat memperolehi 18 buah meriam 105mm LG1 MK111 yang dibangunkan oleh syarikat NEXTER SYSTEMS daripada Perancis pada 2018.

Meriam
Kredit Tentera Darat

 

Meriam-meriam yang akan digunakan oleh pasukan 10 Briged Para itu bagaimanapun akan dipasang oleh syarikat tempatan,  Advance Defence System Sdn Bhd.

Admin berharap selepas ini syarikat Advance Defence System ini akan diberi peluang untuk memasang sistem meriam bergerak CAESAR 155mm pula memandangkan ia telah pun menunjukkan kemampuannya dalam aspek pemasangan meriam LG1 MK111 itu dan hubungan korporatnya dengan syarikat NEXTER itu.

Tak pun, tentera darat sudah boleh tambah perolehan meriam LG1 MKIII untuk menggantikan meriam 105mm Pack Howitzer yang masih digunakan sehingga kini.

Meriam 105LG1 MK111 merupakan meriam 105mm keluaran Nexter dan direka untuk pasukan tindak cepat.

Mempunyai jarak penembakan maksimum sejauh 17 kilometer, meriam LG1 MKIII keluaran syarikat pertahanan Perancis ini boleh dibawa dengan kenderaan penunda, helikopter atau digugurkan dengan payung terjun dari pesawat pengangkut.

Dengan berat kira-kira 1,650 kilogram, meriam ini direka untuk beroperasi dipelbagai kawasan termasuklah kawasan hutan dan pergunungan, sesuai untuk pasukan gerak cepat seperti Pasukan Atur Cepat (PAC) 10 Briged Para.

Meriam 105mm LG1 MKIII  ini turut digunakan oleh pelbagai negara termasuklah Singapura, Thailand, Indonesia, Kanada dan Colombia.

Latihan tembakan semalam itu dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 1 RAD Para, Leftenan Kolonel Zakaria bin Saip Lani.

Meriam
Kredit Tentera Darat

 

Panglima Tentera Darat turut diberikan kesempatan untuk bersama-sama anggota 1 RAD Para, melaksanakan latihan tembakan meriam 105 mm LG1 MK III.

Pelaksanaan latihan tembakan inaugurasi meriam sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28, “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”, yang memberikan penekanan kepada aspek kesiagaan operasi untuk siap sedia diaturgerak pada sebilang masa.

Latihan Kuasa Tembak 2021 yang diadakan di Lapang Sasar Asahan semalam,

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...