Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Otokar Intai Peluang Di M’sia Dengan “Arma 6×6” Dan “Cobra II 4×4”

Otokar, yang merupakan syarikat pembuat kenderaan tentera darat paling berpengalaman di Turki bakal menawarkan kenderaan perisai "Arma 6x6" dan "Cobra II 4x4" kepada Tentera Darat Malaysia.

0 2,272

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tender penggantian kenderaan berperisai “Condor” dan “Sibmas” Tentera Darat Malaysia yang dinanti-nantikan oleh syarikat pembida, bakal menyaksikan penyertaan sebuah lagi syarikat penyedia kenderaan tentera darat ternama daripada Turki.

Syarikat ternama daripada Turki itu adalah Otokar, yang merupakan syarikat pembuat kenderaan tentera darat paling berpengalaman di negara Mediterranean itu dengan kejayaan penghasilan 35,000 kenderaan tentera yang digunakan di 55 buah negara.

Menurut pengurus besarnya Serdar Gorguc berkata, syarikat Otokar sememangnya dikenali dengan aspek Transfer-of-Technology (ToT) dan penghasilan produk syarikat di negara pembeli. (local production)

Arma

Pada pameran Defence Services Asia 2022, syarikat Turki itu yang ditubuhkan pada 1963 itu membawa bersama-sama kenderaan perisai 6×6 “Arma” dan 4×4 “Cobra II” untuk tontonan pengunjung termasuk pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia.

Defence Security Asia difahamkan bahawa kedua-dua kenderaan berperisai itu bakal ditawarkan kepada Tentera Darat Malaysia dibawah tender penggantian kenderaan “Condor” dan “Sibmas” yang bakal dibuka beberapa bulan lagi.

Otokar juga difahamkan akan menawarkan usaha Transfer-of-Technology (ToT) yang “irresistible” kepada Kerajaan Malaysia berikutan impaknya kepada ekonomi tempatan, kewujudan pekerjaan berskil tinggi dan pelbagai limpahan ekonomi yang lain.

Bagaimanapun syarikat Turki dan rakan tempatannya bakal berhadapan dengan persaingan yang hebat sekiranya tender itu dibuka, dengan beberapa syarikat luar dan dalam telah pun menunjukkan minat dan hasrat untuk menyertai tender itu.

Arma
Kenderaan perisai “Arma 6×6” yang diperolehi oleh Tentera Bahrain.

 

Nampaknya Otokar bukan sahaja akan berhadapan dengan syarikat daripada negara-negara lain, tetapi ia juga akan bersaing dengan syarikat pembuat kenderaan berperisai daripada Turki juga yang berminat membekalkan kenderaan perisai mereka kepada Tentera Darat.

Dengan berat hampir 19 tan, kenderaan 6×6 “Arma” berkemampuan membawa 10 orang anggota tentera termasuk pemandu dan komander dan boleh diangkut ke mana menggunakan jalan darat, udara (pesawat C-130 atau lebih besar dan jalan laut).

Kenderaan berperisai “Arma 6×6” adalah amfibia penuh.

Kenderaan yang dibangunkan oleh syarikat Otokar itu berkemampuan dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem persenjataan daripada mesingan 7.62mm kepada meriam-meriam 20mm, 25mm dan 30mm.

Cobra II
“Cobra II”

 

Jikalau meriam-meriam itu tidak mampu menyelesaikan “masalah-masalahnya”, kenderaan perisai “Arma 6×6” itu juga boleh dipasang dengan meriam kaliber besar termasuk 90mm, 105mm (sebagaimana kenderaan Sibmas Tentera Darat) atau 120mm untuk tugasan sebagai “tank killer.”

Ia juga boleh digandingkan dengan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal.

Sementara itu, kenderaan “Cobra II 4×4” juga dipanggil Tactical Wheeled Armored Vehicle merupakan kenderaan yang menggunakan platform yang modular dengan karakter technical dan taktikal yang ampuh.

Pada ketika ini kenderaan Cobra II ini digunakan oleh 15 buah negara di seluruh dunia, dengan varian terbarunya adalah Mine Resistant Ambush Protected (MRAP).

Cobra II

.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dengan berat hampir 12 tan, ia mampu membawa sembilan hingga 11 anggota tentera lengkap bersenjata bergantung kepada rekabentuk dalamnya sebagaimana yang diminta oleh pelanggan.

Cobra II juga boleh dipasang  dengan mesingan dan sistem peluru berpandu anti kereta kebal. — DSA

Comments
Loading...