Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

DEFTECH, Rakan Turki Lihat “Peluang” Bekal “Pars 6×6, 4×4” Pada Tentera Darat

Portal pertahanan antarabangsa, Janes.com, ia menjangkakan kontrak bagi perolehan kenderaan berperisai dalam varian 6x6 atau 4x4 bakal ditandatangani pada tahun depan, sekiranya ia memenuhi kehendak Tentera Darat dan terdapat peruntukan daripada kerajaan untuk perolehan kenderaan itu.

0 5,683

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Turki, FNSS Savunma Sistemleri dan DRB-HICOM Defence Technologies (Deftech) melihat “peluang” untuk membekalkan sehingga 88 buah kenderaan perisai Pars 6×6 dan 136 kenderaan Pars 4×4 kepada Tentera Darat Malaysia.

Menurut portal pertahanan antarabangsa, Janes.com, ia menjangkakan kontrak bagi perolehan kenderaan berperisai dalam varian 6×6 atau 4×4 bakal ditandatangani pada tahun depan, sekiranya ia memenuhi kehendak Tentera Darat dan terdapat peruntukan daripada kerajaan untuk perolehan kenderaan itu.

Pegawai-pegawai kanan kedua-dua syarikat itu memberitahu portal terbabit bahawa kedua-dua kenderaan perisai itu telah menjalani ujian di Turki.

pars

“Bagaimanapun ‘ujian mobility’ kenderaan perisai terbabit akan disambung di Malaysia pada April ini,” kata pegawai kedua-dua syarikat itu.

Kedua-dua kenderaan perisai itu, Pars 6×6 dan Pars 4×4 ditawarkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menggantikan kenderaan perisai Condor 4×4 buatan Jerman dan Sibmas 6×6 buatan Belgium yang telah usang.

Pada pameran Defence Services Asia 2022 yang berakhir baru-baru ini, kedua-dua syarikat telah mempamerkan kenderaan perisai Pars 6×6 yang dilengkapi dengan SANCAK Remote Control Weapon Station (RCWS) 12.7mm di booth syarikat DEFTECH.

pars

Manakala di booth syarikat FNSS pula, ia mempamerkan kenderaan perisai 4×4 yang dilengkapi dengan sistem pelancar peluru berpandu anti-kereta kebal.

Bagaimanapun pegawai-pegawai syarikat menegaskan kepada Janes bahawa konfigurasi sistem persenjataan yang bakal dilengkapkan pada kenderaan Pars 4×4 dan Pars 6×6 untuk ditawarkan kepada Tentera Darat masih belum diputuskan.

Kedua-dua syarikat sememangnya berharap kerjasama mereka yang bermula dengan perolehan “Adnan” dan “Gempita” (Pars) 8×8 dapat diteruskan menerusi perolehan kenderaan perisai Pars 4×4 dan Pars 6×6 oleh Tentera Darat.

pars

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Menurut Janes, DEFTECH dijangka menyelesaikan penghantaran kenderaan perisai Gempita 8×8 kepada Tentera Darat Malaysia pada penghujung tahun ini.

Maklumat daripada industri pertahanan tempatan mengatakan Kementerian Pertahanan bakal membuka tender pada tahun ini atau tahun depan untuk membekal sejumlah kenderaan perisai 4×4 dan 6×6 kepada Tentera Darat.

Cakap-cakap mengenai tender itu telah menarik perhatian beberapa syarikat dalam dan luar negara yang telah menyatakan hasrat dan minat mereka untuk menyertainya, antaranya daripada syarikat Hyundai Rotem daripada Korea Selatan dan lain-lain. — DSA

Comments
Loading...