Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thai “Pening” Tiada Alat-Ganti Bagi Kereta Kebal, Perisai Buatan Ukraine Miliknya

Disebabkan konflik antara Moscow dan Kiev, Thailand berhadapan dengan kesukaran untuk menyelenggara dan mencari alat-ganti untuk kereta kebal utamanya, Oplot-M dan kereta perisai BTR-3E1 yang diperolehinya daripada Ukraine.

0 2,731

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pencerobohan Russia terhadap Ukraine turut meninggalkan kesan terhadap Thailand serta kemampuannya untuk menyelenggara beberapa peralatan senjata yang sedang digunakan oleh angkatan tenteranya.

Disebabkan konflik antara Moscow dan Kiev, Thailand berhadapan dengan kesukaran untuk menyelenggara dan mencari alat-ganti untuk kereta kebal utamanya, Oplot-M dan kereta perisai BTR-3E1 yang diperolehinya daripada Ukraine.

Keadaan yang dialami oleh Thailand adalah sama seperti mana-mana negara yang menggunakan peralatan ketenteraan Rusia mahupun Ukraine, sama seperti yang dialami pesawat pejuang Malaysia Su-30MKM.

Oplot

 

Menurut Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanya memiliki alat-ganti pesawat Su-30MKM buatan yang mampu bertahan selama dulu tahan.

Negara perlu mencari alat-alat ganti di mana-mana kedai  yang boleh dipercayai.

Tentera Darat Thailand memiliki 49 kereta kebal Oplot-M yang direkabentuk oleh Kharkiv Morozov Machine Building Design Bureau dan dibangunkan oleh Kharkiv Malyshev Plant yang terletak di bandar bergolak Kharkiv di Ukraine.

Sementara itu negara jiran kita itu juga memiliki kira-kira 238 buah kereta perisai BTR-3E1 buatan Ukraine yang dibangunkan oleh syarikat Kharkiv Morozov Machine Building Design Bureau di bandar Kharkiv, Ukraine

Tentera Darat Thailand kini sedang mencari alat-alat ganti kereta kebal dan kereta perisai itu daripada dalam negara kerana untuk memperolehinya daripada pihak pembuat kedua-dua peralatan itu adalah sukar pada ketika ini.

Oplot

Kedua-dua kilang yang membuat senjata itu terletak di bandar Kharkiv yang dibedil dengan hebat oleh pihak tentera Russia.

Laporan mengatakan kedua-dua kilang terbabit yang membangunkan kereta kebal Oplot-M dan BTR-3E1 yang digunakan oleh Thailand itu telah rosak teruk akibat serangan daripada pihak Russia.

Kegagalan mendapatkan bekalan yang mencukupi bagi kedua-dua jenis persenjataan itu akan menyebabkan perkhidmatannya kepada Tentera Darat Thailand terjejas dan kemungkinan jika ia berlanjutan akan “terbengkalai.”

Oplot

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pada 2011, Thailand menandatangani perjanjian dengan Ukrspecexport untuk membeli 49 buah kereta kebal Oplot-M bernilai US$200 juta dan seberat 52 tan.

Kereta kebal (0plot-M) merupakan versi yang dinaiktaraf daripada kereta kebal T-84 milik Tentera Ukraine.

Kereta kebal Oplot-M ini adalah varian yang dipertingkatkan kemampuannya daripada segi armor dan pelbagai jenis sistem elektronik termasuk electronic countermeasures.

Oplot-M telah dtempatkan di Divisyen Kavalri di Bangkok, Nakhon Ratchasima, Phitsannulok dan Nakhon Ratchasima. — DSA

Comments
Loading...