Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pelosi Teruskan Lawatannya Ke Taiwan, Keadaan Semakin Tegang

Delegasi Pelosi sebelum ini enggan mengesahkan sama ada beliau akan singgah di Taiwan, tetapi maklumat terbaru mendakwa bahawa speaker itu akan singgah di Taiwan sebagai sebahagian daripada jadual lawatannya ke Asia, yang merupakan lawatan pertama Speaker Amerika Syarikat ke Taiwan dalam tempoh 25 tahun

0 1,862

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Speaker Amerika Syarikat Nancy Pelosi akan meneruskan kunjungannya ke Taiwan walaupun berhadapan dengan ancaman daripada China untuk “bertindak-balas” jika beliau meneruskan hasratnya berkunjung ke pulau yang masih dianggap sebahagian daripada wilayahnya.

Delegasi Pelosi sebelum ini enggan mengesahkan sama ada beliau akan singgah di Taiwan, tetapi maklumat terbaru mendakwa pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan Taiwan bahawa speaker itu akan singgah di Taiwan sebagai sebahagian daripada jadual lawatannya ke Asia, yang merupakan lawatan pertama Speaker Amerika Syarikat ke Taiwan dalam tempoh 25 tahun.

Pentadbiran Presiden Jo Biden serta pemerintah tentera negara itu turut menasihatkan delegasi Pelosi itu supaya membatalkan hasratnya melawat Taiwan, berikutan ancaman tindakan ketenteraan daripada China.

Nancy Pelosi
Nancy Pelosi

 

Esok, Speaker Amerika Syarikat itu dijangka tiba di Malaysia dimana beliau dijadualkan mengadakan kunjungan hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri juga dikatakan makan tengah hari dengan Speaker Amerika Syarikat itu tengah hari esok.

Hari ini, Pelosi berada di Singapura.

Sehubungan dengan lawatan Pelosi ke Taiwan itu, Amerika Syarikat turut meningkatkan kesiagaan tentera di Indo-Pasifik dan memantau pergerakan pesawat-pesawat tentera China di rantau terbabit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Pihak tentera Amerika juga dikatakan telah menyediakan pelan kecemasan untuk membawa keluar Pelosi ke suatu kawasan selamat sekiranya berlaku sebarang konflik bersenjata ketika beliau melawat Taiwan.

Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Ronald Reagan kini berada di Laut China Selatan.

China
Kapal perang China dalam satu latihan baru-baru ini.

 

Sementara itu China memberitahu bahawa ia tidak akan “berdiam diri” sekiranya Speaker Amerika Syarikat yang merupakan “orang nombor tiga kerajaan Amerika Syarikat” itu meneruskan lawatannya ke Taiwan.

Jurucakapnya Zhao Lijian dalam satu majlis penerangan di Beijing berkata, lawatan Pelosi ke Taiwan merupakan suatu tindakan “mencampuri urusan dalaman China” dan akan menyebabkan kesan serta impak yang tidak dapat dibayangkan.

Sejak beberapa hari lepas, Tentera China telah mengadakan latihan termasuk penembakan peluru hidup di Pulau Pingtan berhampiran wilayah Fujian yang terletak berhampiran dengan pulau Taiwan itu.

Pesawat Pengebom
Pesawat pengebom China H-6

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pesawat-pesawat pejuang, pengebom dan pengangkut tentera China turut meningkatkan aktiviti mereka di sekeliling Taiwan sebagai sebahagian daripada latihan tentera negara itu berikutan jangkaan lawatan Pelosi ke Taiwan.

Pihak berkuasa maritim China turut melarang kapal-kapal komersial daripada menghampiri Pulau Pingtan itu. — DSA

Comments
Loading...