3 Negara Asia Tenggara Guna Yakovlev Yak-130 “Mitten”, Malaysia?
Pesawat Yak-130 “Mitten” ini juga dikatakan adalah salah sebuah daripada pesawat yang turut bersaing dalam tender Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan 18 buah pesawat FLIT/LCA bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, Tentera Udara Vietnam mula menerima enam buah pesawat Yakovlev Yak-130 “Mitten” Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) daripada 12 buah dipesannya daripada syarikat pembuat pesawat Russia, Yakovlev yang merupakan anak syarikat kepada Irkut.
Pesawat Yak-130 “Mitten” ini juga dikatakan adalah salah sebuah daripada pesawat yang turut bersaing dalam tender Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan 18 buah pesawat FLIT/LCA bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Selain Tentera Udara Vietnam, beberapa negara lain di Asia Tenggara turut menggunakan pesawat Yakovlev Yak-130 ini seperti Myanmar dan Laos.
Adakah TUDM akan mengikut jejak Vietnam, Myanmar dan Laos dalam memilih pesawat Yak-130 “Mitten” sebagai pesawat FLIT/LCA pilihan mereka?
Pengalaman mengoperasikan pesawat MiG-29N, Su-30MKM serta kebimbangan akan CAATSA oleh Amerika Syarikat mungkin menjadi panduan dalam membuat keputusan.
Admin berpendapat pesawat Yak-130 buatan Russia ini boleh diconsider sebagai “outsider” dalam persaingan tender FLIT/LCA Malaysia, dengan frontrunner masih lagi KAI FA-50, Tejas oleh HAL, Leonardo M-346 dan JF-17 oleh syarikat China/Pakistan.
Persaingan Hongdu L-15 juga tidak boleh diketepikan.
Vietnam menandatangani perjanjian bernilai US$350 juta (RM1.4 bilion) pada 2019 dengan Russia untuk memperolehi sebanyak 12 buah pesawat Yak-130 sebagai pesawat FLIT/LCA bagi menggantikan pesawat Aero L-30 buatan Republik Czech.
Selain bertindak sebagai pesawat pejuang ringan Tentera Udara Vietnam, pesawat Yak-130 itu juga akan menyediakan juruterbang-juruterbang negara itu untuk menerbangkan pesawat pejuang yang lebih canggih iaitu Sukhoi Su-30Mk2 milik negara itu.
Tentera Udara Vietnam dipercayai memiliki sehingga 36 pesawat pejuang Sukhoi Su-30Mk2.
Apa yang menarik tentang pesawat FLIT/LCA Yak-130 ini adalah ia pada mulanya dibangunkan secara bersama oleh syarikat Yakovlev dan Aermacchi daripada Itali, so ia bukanlah pesawat yang totally made-in-Russia.
Apabila kerjasama antara Yakovlev dan Aermacchi itu dihentikan, syarikat Russia itu meneruskan pembangunan pesawatnya dan menamakannya Yak-130 “Mitten” manakala Aermacchi pula menamakannya M-346.
Ia menjadikan pesawat FLIT/LCA Yak-130 “Mitten” dan Leonardo M-346 sebagai “adik-beradik.”
Dan dalam persaingan untuk merebut tender TUDM bagi 18-36 pesawat FLIT/TUDM, kedua-dua “adik-beradik” daripada “ibu bapa yang telah berpisah” akan bersaing untuk menambat hati Kementerian Pertahanan.
Russia juga menggunakan pesawat Yak-130 yang dilengkapi dengan sistem dan kemudahan sama seperti pesawat generasi ke-4 untuk melatih juruterbangnya mengendalikan pesawat-pesawat seperti Sukhoi Su-35 dan Su-57 “Felon”.
Tentera udara negara itu dipercayai memiliki sehingga 55 buah pesawat Yak-130 pada ketika ini.
Satu perkara yang menarik juga tentang pesawat Yak-130 ini adalah pembuatnya menggunakan “open architecture avionics suite” yang membolehkan pesawat itu diintegrasikan dengan pelbagai peluru berpandu sama ada buatan Russia atau negara-negara Barat.
Combat payload pesawat ini adalah kira-kira 3,000kg.
Comments are closed.